• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer perkenal beg bagasi Predator & Acer Melbourne, serta beg galas Austin pada harga bermula RM369

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:14 pm
  • 05/12/2023
  • Komen
Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping laptop Acer Nitro V 15, Acer dalam masa sama turut memperkenalkan aksesori untuk perjalanan dalam barisan beg terbaru mereka. Ia merangkumi dua jenis beg bagasi iaitu Predator dan siri Acer Melbourne, serta beg galas Acer Austin.

Beg bagasi Acer Predator

Beg bagasi Predator merupakan beg perjalanan tahan lasak dan kukuh dengan bahagian luarannya diperbuat dari aloi aluminium. Ia hadir dengan kekunci TSA tersuai dan menyediakan berbilang ruang kompartmen untuk memudahkan barangan disusun di dalam beg. Terdapat empat tayar yang boleh berpusing dengan senyap dan lancar. Ia tersedia dalam satu saiz iaitu 22 inci.



Beg bagasi Acer Melbourne

Sementara itu, beg bagasi dalam siri Acer Melbourne juga adalah beg perjalanan tahan lasak tapi dengan rekaan vintaj, dengan menggunakan kulit untuk bahagian pemegang sisi. Luaran beg pula diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan tahan lasak, menampilkan tiga lapisan polikarbonat (PC).

Bahagian dalaman beg tampil dengan kain poliester kalis air, dan turut hadir dengan kekunci TSA tersuai bersama pemegang tarik yang boleh dilaras dalam tiga tahap. Lebih menarik, beg bagasi boleh dibuka dalam radius kecil yang mana agak memudahkan untuk situasi tertentu. Siri Acer Melbourne tersedia dalam dua saiz 20 inci dan 24 inci, dan dua varian warna sama ada hitam atau putih.



Beg galas Acer Austin

Manakala Acer Austin pula adalah beg galas dengan rekaan ergonomik dan ringan. Ia dihasil dari bahan nilon balistik 840D, dan memiliki ruangan dalaman yang besar serta terdapat poket dengan lubang kecil untuk kabel melaluinya untuk memudahkan pengecasan pada peranti.

Ketiga-tiga produk ini telah boleh didapati di seluruh stor konsep Acer di Malaysia, dah harganya adalah seperti berikut:

  • Beg bagasi Predator 22 inci – RM1,999
  • Beg bagasi Acer Melbourne 20 inci – RM999
  • Beg bagasi Acer Melbourne 24 inci – RM1,099
  • Beg galas Acer Austin – RM369

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web aksesori Acer.

Tags: AcerBeg bagasi Acer MelbourneBeg bagasi PredatorBeg galas Acer Austin
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000

Acer perkenal beg bagasi Predator & Acer Melbourne, serta beg galas Austin pada harga bermula RM369

5 December 2023
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN