• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Lenovo Legion Go dengan Ryzen Z1 Extreme naik RM600?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:20 am
  • 07/12/2023
  • Komen
Harga Lenovo Legion Go dengan Ryzen Z1 Extreme naik RM600?
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo Malaysia telah mengumumkan tempahan awal penjualan Legion Go versi Ryzen Z1 Extreme. Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM3,999 dan tempahan akan berlangsung pada 8 hingga 17 Disember 2023.

Setiap tempahan awal akan terima filem pelindung skrin bernilai RM109 secara percuma serta peluang untuk sertai program PWP Lenovo Legion E510 7.1 RGB Gaming In-Ear Headphones pada harga RM249 berbanding harga asal RM389.



Harga Lenovo Legion Go naik RM600?

Sekitar Oktober 2023 lalu, kami ada laporkan tentang penjualan siri Legion Go untuk pasaran Malaysia. Pada ketika itu, harga jualan Lenovo Legion Go versi Ryzen Z1 Extreme adalah RM3,399 iaitu RM600 lebih rendah berbanding yang kami laporkan.

Dengan kenaikan RM600 untuk versi Extreme, adakah harga varian lebih rendah naik kepada RM3,699 daripada RM3,099? Kami telahpun menghubungi pihak Lenovo Malaysia bagi mendapatkan kepastian.



Spesifikasi Lenovo Legion Go

Lenovo Legion Go dipasangkan skrin sentuh IPS berukuran 8.8 inci dengan resolusi QHD 2560 x 1600. Skrinnya mempunyai warna gamut DCI-P3 97% dengan menyokong kecerahan puncak sehingga 500 nits dan ada kadar penyegaran 144Hz. Sistem operasi yang dijalankan adalah Windows 11.

Atas papan utama, ia diperkasa cip AMD Ryzen Z1 atau AMD Ryzen Z1 Extreme bersama GPU AMD RDNA3, dengan gabungan RAM LPDDR5X 16GB dan storan 512GB. Storan boleh diperluas sehingga 1TB menggunakan slot PCIe Gen4 yang tersedia, dan ia juga menerima kad mikro SD.

Terdapat 10 butang permainan pada Legion Go 10 ini dengan dua joystick pada pemegang kiri dan kanan. Menariknya, kawalan pemegangnya boleh dicabut dari badan untuk menawarkan lebih fleksibiliti dengan lebih banyak cara permainan.

Kapasiti baterinya adalah bersaiz 49.2Wh, dan ia menyokong pengecasan 65W melalui sambungan USB-C. Selain itu, terdapat juga teknologi pengecasan bypass untuk menggunakan kuasa terus dari blok pengecas untuk kurangkan haba ketika bermain.

Lain-lain ciri termasuklah sambungan WiFi 6E, Bluetooth 5.2 dan juga jek audio 3.5mm.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Legion Go di sini.

Tags: lenovolenovo legionlenovo legion go
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Harga Lenovo Legion Go dengan Ryzen Z1 Extreme naik RM600?

Harga Lenovo Legion Go dengan Ryzen Z1 Extreme naik RM600?

7 December 2023
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN