• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menteri arah telco jangan caj 5G kerana dana awam? MOF pernah beritahu Fahmi, DNB tidak dibiayai kerajaan

  • OLEH Najib
  • 6:41 pm
  • 18/12/2023
  • Komen
Menteri arah telco jangan caj 5G kerana dana awam? MOF pernah beritahu Fahmi, DNB tidak dibiayai kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi yang baru, YB Fahmi Fadzil hari ini memberi amaran kepada syarikat telekomunikasi (telco) supaya tidak mengenakan caj untuk perkhidmatan rangkaian 5G. Menurut Fahmi, ini kerana keseluruhan infrastruktur projek itu menggunakan dana awam. Atas faktor berkenaan sepatutnya tiada sebarang caj tambahan dikenakan oleh mana-mana telco dalam negara.

Tambah Fahmi, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan caj tambahan untuk perkhidmatan rangkaian 5G. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat susulan dan memastikan tiada caj tambahan dikenakan untuk menggunakan 5G. Tetapi Fahmi tidak menjelaskan apakah tindakan yang bakal diambil.



Perkara ini merupakan susulan daripada laporan mengenai telco mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan rangkaian 5G. Malah, ada isteri menteri yang tidak mahu menggunakan 5G kerana bayaran tambahan ini.

DNB tak dibiayai kerajaan

Tetapi perkara ini dilihat bertentangan dengan kenyataan Kementerian Kewangan tahun lepas, selaku pemilik penuh Digital Nasional Berhad (DNB), syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengurus 5G di Malaysia.



Dalam jawapan di Parlimen pada Mac 2022 kepada Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai), Kementerian Kewangan berkata, kerajaan tidak akan terlibat memberi sebarang jaminan atau pembiayaan kepada DNB seperti yang didakwa pihak tertentu. DNB menerima pembiayaan RM1.7 bilion daripada institusi kewangan bagi pelancaran rangkaian 5G.

Pendek kata, DNB membuat pinjaman bank untuk membangunkan 5G. Kerajaan tidak memberi sebarang dana kepada DNB, kecuali suntikan ekuiti bernilai RM500 juta untuk memulakan operasi syarikat DNB.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan pada Mac 2022

Ketika itu, Fahmi bertanya kepada kerajaan sama ada dana awam diberikan, secara langsung atau tidak, kepada DNB sejak tahun 2021 dan berapa banyak yang dibelanjakan oleh syarikat itu.

Kementerian Kewangan juga menjawab, pembiayaan yang diterima DNB akan dibayar semula melalui hasil yang dijana daripada penjualan kapasiti secara borong. Sehingga penghujung Januari 2022, jumlah yang dibelanjakan DNB adalah sebanyak RM544 juta. Ini merangkumi perbelanjaan bagi infrastruktur rangkaian, perkakasan rangkaian dan juga modal kerja.

5 telco suntik dana lebih RM1 bilion kepada DNB

Awal bulan ini, 5 telco telah bersetuju untuk mengambil alih 70% pegangan dalam DNB dan akan menyuntik dana RM233 juta setiap satu, untuk memperoleh 14% kepentingan dalam DNB.

Sebelum ini pula, setiap telco menandatangani Perjanjian Akses 5G untuk mula menggunakan perkhidmatan rangkaian 5G yang disediakan oleh DNB. Hanya YTL Communication (YES) menandatangani perjanjian ini sejak awal iaitu pada tahun 2021. Telco lain iaitu Celcom, Digi, Maxis, TM dan U Mobile, hanya menandatangani perjanjian akses pada akhir tahun 2022. Dalam perjanjian ini, setiap telco perlu membayar untuk perkhidmatan 5G yang disediakan oleh DNB.

Adakah benar dana awam digunakan sepenuhnya untuk membangunkan 5G? Semoga usaha Fahmi untuk menyediakan akses 5G kepada lebih ramai rakyat Malaysia menemui jalan penyelesaian yang baik untuk semua.

[Sumber: FMT]

Bacaan Berkaitan

  • 5 syarikat telekomunikasi ambil alih 70% pegangan DNB, suntik dana lebih RM1 bilion
  • Fahmi minta telco kekalkan harga pelan 5G sama seperti harga pelan 4G
  • PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula
Tags: 5g malaysiaDNBFahmi Fadzil
Najib

Najib

POPULAR

Menteri arah telco jangan caj 5G kerana dana awam? MOF pernah beritahu Fahmi, DNB tidak dibiayai kerajaan

Menteri arah telco jangan caj 5G kerana dana awam? MOF pernah beritahu Fahmi, DNB tidak dibiayai kerajaan

18 December 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER