• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

ChargeSini perkenal ciri wallet, ada promo menarik menanti anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:08 am
  • 20/12/2023
  • Komen
ChargeSini perkenal ciri wallet, ada promo menarik menanti anda
Share on FacebookShare on Twitter

Operator Stesen EV, ChargeSini, telah memperkenalkan satu fungsi baharu pada aplikasi mereka iaitu Wallet. Ia membolehkan pengguna ekosistem pengecasan EV kelolaan ChargeSini untuk menambah nilai kredit pengecasan dan terima sehingga 10% kredit tambahan sebagai insentif.

Sebelum ini, pengguna ChargeSini membayar sesi pengecasan mereka secara langsung menggunakan kad debit dan kredit yang didaftarkan di dalam aplikasi. Dengan fungsi baharu ini, pengguna boleh menambah nilai kredit dalam jumlah RM50, RM100, RM200, RM300, dan RM500. Seperti ParkEasy, 1 kredit dinilaikan bersamaan RM1.



Walau bagaimanapun, hanya pembayaran menggunakan kad kredit sahaja dibenarkan untuk pembelian kredit. Saluran pembayaran menerusi e-dompet ataupun perbankan dalam talian masih belum ada.

Perlu anda ketahui yang insentif kredit tambahan diberikan untuk pembelian kredit sekurang-kurangnya RM200. Berikut adalah senarai insentif:



  • Pembelian RM200 akan diberikan 210 kredit (+5%)
  • Pembelian RM300 akan diberikan 330 kredit (+10%)
  • Pembelian RM500 akan diberikan 550 (kredit (+10%)

Untuk mengakses Wallet ChargeSini, anda boleh pergi ke tab Account dan cari butang “Topup Credit”. Aplikasi ChargeSini boleh dimuat turun dalam versi Apple AppStore dan Google PlayStore.

Tags: ChargeSiniEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
ChargeSini perkenal ciri wallet, ada promo menarik menanti anda

ChargeSini perkenal ciri wallet, ada promo menarik menanti anda

20 December 2023
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER