• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB laras tarif elektrik 2024, tidak jejaskan 7 juta pengguna domestik

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:48 am
  • 26/12/2023
  • Komen
Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan bahawa rombakan tarif elektrik bulanan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024 untuk pengguna di Malaysia, di bawah mekanisme Pelepasan Kos-kos Tidak Seimbang (ICPT).

Pelarasan tarif elektrik adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengekalkan rebat 2 sen/kilowatt-jam (kWj) bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sebanyak 600kWj dan ke bawah.



Ini bermakna, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik antara 601 hingga 1,500kWj tidak lagi menikmati rebat dua sen/kWj tersebut.

231226 Tarif Elektrik 2024

Pun begitu penggunaan elektrik melebihi 600kWj hingga 1,500kWj sebulan, tiada surcaj akan dikenakan. Manakala kadar surcaj 10 sen/kWj pula dikekalkan bagi penggunaan elektrik bulanan melebihi 1,500kWj/.



Kadar tarif elektrik baharu tersebut  tidak akan menjejaskan 85% atau 7 juta pengguna domestik di Semenanjung. Namun ia dijangka memberikan impak kepada 1.2 juta isi rumah dengan penggunaan elektrik melebihi 600kWj.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion subsidi kepada kategori-kategori pengguna yang terlibat bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan ini. 

Kadar pengiraan bil elektrik

Secara ringkasnya, terdapat tiga tarif elektrik berbeza di Malaysia bermula 1 Januari 2024:

  • Rebat ICPT sebanyak 2 sen untuk penggunaan <600kWj
  • Tiada rebat ICPT untuk penggunaan 601 – 1500 kWj, tetapi tiada surcaj tambahan
  • Surcaj 10sen/kWj untuk >1500kWj penggunaan

Ini bermakna jika bil elektrik anda melebihi RM220 sebulan atau penggunaan elektrik melebihi 600kWj, anda akan melihat kenaikan dalam bil elektrik untuk bulan akan datang bermula dari 1 Januari 2024.

Berikut adalah contoh pengiraan bil elektrik:

231226 Tarif Elektrik 2024
Penggunaan elektrik 600kWj
231226 Tarif Elektrik 2024
Penggunaan elektrik 601kWj
231226 Tarif Elektrik 2024
Penggunaan elektrik 1,500kWj

Pengguna boleh membuat anggaran bil elektrik bulanan akan datang menerusi kalkulator tarif elektrik dalam talian.

Mungkin perubahan tarif elektrik itu tidaklah memberi impak ketara buat pengguna. Namun buat mereka yang mempunyai kenderaan EV yang mengecas kereta di rumah, pastikan akan lebih merasai kesannya. Apa pun, paling penting sebagai pengguna, kita kena sentiasa berjimat dalam menggunakan elektrik di rumah, okay?

Tags: bil elektrikTarif ElektrikTNB
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga

TNB laras tarif elektrik 2024, tidak jejaskan 7 juta pengguna domestik

26 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER