• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengecas murah iPhone 15 Pro Max punca kabel rosak & jari melecur

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:04 pm
  • 27/12/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi pengguna Apple, pastinya anda kerap mendengar saranan untuk menggunakan aksesori original keluaran jenama tersebut bagi mengelakkan risiko seperti kepanasan melampau atau terbakar. 

Namun sudah tentu ada yang akan menganggap bahawa saranan tersebut hanyalah kerana Apple mahu meningkatkan jualan dan keuntungan syarikatnya. Tetapi rasanya mungkin bukan kerana aspek keuntungan semata-mata.



Ini kerana seorang pengguna Reddit yang menggunakan produk berkualiti rendah menyebabkan telefon iPhone 15 Pro Max milikinya rosak.

Charging cable got so hot it MELTED the plastic, broke into my phone and burned my finger. What can I do?
byu/NoisilyMarvellous iniphone

Pengecas iPhone 15 Pro Max punca kerosakan

Menerusi hantaran yang dikongsikan pengguna Reddit, NoisilyMarvellous dapat dilihat kesan penggunaan pengecas tidak berkualiti pada iPhone 15 Pro Max mengakibatkan kabel USB-C yang digunakan cair, jari tangan melecur dan merosakkan telefon.



231227-Pengecas-iPhone-15-Pro-Max

Menurut pengguna terbabit, “Saya tahu iPhone 15 Pro Max boleh menjadi panas, namun selepas sebulan menggunakannya ia menjadi sangat panas semasa mengecasnya semalaman hingga melecur pada jari. Apabila pengecas ditanggalkan, beberapa bahagian plastik telah mencair dan meninggalkan kesan terbakar pada telefon dan bahagian logam port USB-C melekat ke dalam telefon.”

Membalas kepada soalan pengguna lain, NoisilyMarvelous memberitahu bahawa dia menggunakan penyesuai perjalanan (travel adaptor) dan kabel USB-C yang dibeli daripada Amazon.

Ini bermakna anda tidak boleh main beli sahaja mana-mana kabel pengecas untuk digunakan dengan telefon pintar anda, khususnya untuk jenama iPhone atau ada risiko yang perlu anda tanggung!

Tips membeli kabel pengecas

Tetapi bagaimana untuk memilih kabel pengecas telefon yang bagus? Untuk kabel pengecas, elakkan membeli kabel hanya kerana harganya murah, sebaliknya kena pastikan ia adalah kabel yang sesuai untuk telefon anda.

Selain daripada mengetahui jenis pengecas bersesuaian untuk telefon sama ada mikro USB, USB-C atau Lighting, terdapat beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan semasa membeli kabel pengecas. Ini saya kongsikan dua tips paling penting yang boleh anda amalkan semasa membeli kabel pengecas:

1. Jenama dipercayai

Terdapat banyak kabel pengecas di pasaran yang murah harganya, namun elakkan daripada tergoda untuk membelinya. 

Sebaiknya belilah daripada jenama yang dipercayai. Terdapat banyak kabel pengecas daripada jenama yang dipercayai dijual pada harga yang murah seperti Ugreen, Baseus dan Mcdodo. 

Tapi pastikan ia adalah produk asli dan bukannya tiruan. Macam mana nak pastikannya? Anda boleh membeli di Shopee Mall atau LazMall.

2. Jaminan

Semakin lama jaminan daripada pengeluar, pastinya semakin bagus kualiti kabel. Sekiranya anda membeli kabel dan jaminan yang diberikan hanyalah untuk tempoh seminggu, ada kemungkinan kualiti kabelnya kurang baik.

Nak mudah, belilah daripada jenama yang dipercayai, asli dan ada jaminan. Paling bagus untuk pengguna iPhone, belilah daripada keluaran Apple sendiri, cuma harganya mahallah.

Semoga perkongsian tips di atas dapat membantu anda untuk membuat pilihan semasa membeli kabel pengecas. Tidak semestinya kena cari yang mahal, ada sahaja dijual kabel pengecas daripada jenama dipercayai dan dijual dengan harga yang mampu milik.

Jadilah pengguna yang bijak. Jangan sebab nak berjimat, anda beli kabel pengecas yang murah, akhirnya telefon mahal pun rosak, rugi-rugi!

[Sumber: Mashable, NoisilyMarvellous, mobopersian.ir]

Bacaan berkaitan:

  • Beli iPhone 15 Pro Max di laman rasmi Apple, tapi dapat telefon tiruan Android
  • Ini sebab kenapa jangan beli iPhone terpakai
  • Skrin retak atau bateri iPhone cepat habis? Jom tukar di Switch, serendah RM66
Tags: iphoneiphone 15iphone 15 pro maxkabel pengecasPengecas USB-Cusb-c
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Pengecas murah iPhone 15 Pro Max punca kabel rosak & jari melecur

27 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER