• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar UiTM tonjol bakat kreatif fotografi dengan siri Xiaomi 13T

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:29 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi inisiatif program Pendidikan Global Xiaomi, Xiaomi Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan pengalaman pembelajaran fotografi melalui kuasa fotografi mudah alih.

Selain kelas eksklusif bersama wartawan foto dan jurugambar Leica di Malaysia, Sadiq Asyraf, pelajar terpilih dari Jabatan Fotomedia Kreatif UiTM juga telah diberikan tugasan fotografi menggunakan teknologi kamera termaju siri Xiaomi 13T, kejuruteraan bersama Leica.



Menurut Penyelaras Program di Jabatan Fotomedia Kreatif, Kolej Seni Kreatif UiTM, Ts. Mohd Shariful Hafizal, “Kerjasama ini berfungsi sebagai kanvas pendidikan, membolehkan 24 pelajar menyelami alam tematik potret alam sekitar. Ia menekankan tanggapan bahawa imejan yang luar biasa tidak hanya terhad kepada peralatan mewah tetapi sebaliknya menekankan peranan alat yang boleh diakses, seperti telefon pintar Xiaomi, dalam memupuk ekspresi kreatif.”

Pamer karya hasil siri Xiaomi 13T 

231228 Xiaomi UiTM

Dengan bertemakan ‘Meraikan Intipati Malaysia: Meneroka Kepelbagaian Budaya dan Kisah Individu Melalui Potret Alam Sekitar’, hasil fotografi pelajar telah dipamerkan dalam satu pameran. Malah, tiga pelajar terbaik turut diberikan anugerah daripada Xiaomi Malaysia.



Berikut adalah beberapa gambar terbaik yang dirakamkan di pameran fotografi hasil kerjasama Xiaomi dan UiTM:

231228 Xiaomi UiTM
Tempat pertama, karya Muhammad Al-Amin Azman, bertajuk “Mengabadikan Warisan: Karya Potret Fotografi ‘Kerangka Sebuah Arca Kepala’”
231228 Xiaomi UiTM
Tempat kedua, karya Nabila Adlina azahari, bertajuk “Momen Bersejarah Terpatri: Rentak Dunia Akhbar dalam Karya Potret”
231228 Xiaomi UiTM
Tempat ketiga, karya Nur Khadra Humaira Tamring, bertajuk “Karya Potret Fotografi: Eksplorasi Proses Pembuatan Pakaian Tradisional Suku Temuan”

Pendidikan Global Xiaomi bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti melalui pembelajaran, menggalakkan pelajar memanfaatkan teknologi untuk ekspresi artistik. Secara keseluruhan, kerjasama antara Xiaomi Malaysia dan UiTM berjumlah RM 65,000 dalam bentuk geran industri.

Bacaan berkaitan:

  • Xiaomi 13T vs Realme 11 Pro+: mana lebih bagus tonton filem dan buat kerja?
  • Berbaloi ke nak naik taraf ke Xiaomi 13T dari Xiaomi 12T?
  • Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun
Tags: UiTMUniversiti Teknologi MARA (UiTM)xiaomiXiaomi 13Txiaomi malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Pelajar UiTM tonjol bakat kreatif fotografi dengan siri Xiaomi 13T

28 December 2023
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN