• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rafizi Ramli kongsi kenapa kita perlu PADU

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:03 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Rafizi Ramli kongsi kenapa kita perlu PADU
Share on FacebookShare on Twitter

Pengkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif kerajaan Malaysia bagi mewujudkan satu pengkalan data setempat meliputi warganegara dan pemastautin tetap. Ia diperoleh melalui pengintergrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

SAJA BUAT SISTEM BARU (PADU) SEBAB NAK BUAT DUIT?

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) pada 2 Januari 2024 ini. Selepas itu, PADU akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warga negara mengesahkan dan mengemaskini data sosio-ekonomi mereka.… pic.twitter.com/huOHg90c0u

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 28, 2023

Menurut YB Rafizi Ramli, PADU akan menyatupadukan lebih 270 pengkalan data milik kerajaan Malaysia. Data-data ini akan dihimpun dan perlu disahkan sesahihannya agar manfaat yang adil boleh disebarluaskan kepada penerima. Dia memaklumkan yang pemberian subsidi akan disalurkan berdasarkan data daripada PADU.



Sistem pengkalan data PADU adalah projek yang tidak melibatkan kontrak swasta. Ia dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan, dan MAMPU. Menurut laman rasmi PADU, projek ini telah berjalan sejak Jun 2023 dan Fasa 1 projek itu sudahpun siap dalam bulan Disember 2023.

Kementerian Ekonomi mengumumkan yang PADU boleh diakses oleh rakyat Malaysia bermula 2 Januari 2024. Akses yang dimaksudkan adalah fungsi mewujudkan akaun dan mengemas kini maklumat peribadi ke dalam sistem.



Sebanyak 39 data katanya perlu dikemas kini pengguna di dalam pengkalan data PADU. Pastinya info seperti nama, nombor kad pengenalan, dan alamat kediaman, adalah 3 daripada 39 punca data tersebut.

Persoalan yang membelengu PADU

Atas kertas, PADU kedengaran padu. Namun, ada beberapa perkara yang perlukan penjelasan daripada pihak kerajaan. Yang pertama adalah, adakah PADU hanya menjadi lokasi salinan pendua kepada data yang diperoleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada atau kerajaan akan jalankan penghijrahan kepada semua agensi kerajaan mengakses data PADU sebagai salah satu usaha memperkemas pentadbiran data.

PERKESO kena serangan siber, caruman anda mungkin lewat bayar

Menteri Pertahanan: Kebocoran data sensitif tak gugat keselamatan negara. Apa kejadah?!

Polis akan siasat dakwaan kebocoran data dari JPN, LHDN tolak jadi punca

Sekiranya ya, perkara seterusnya yang perlu diperjelas adalah sejauh mana selamatkah sistem PADU daripada serangan siber. Disebabkan ini bolehlah dianggap sebagai projek mega di alam maya kerana data-data berharga penduduk Malaysia dihimpunkan dalam satu platform, hanya satu kebocoran diperlukan untuk penjahat beroleh data komprehensif yang boleh dieksploitasi.

Sekiranya ketirisan data berlaku, siapakah yang akan bertanggungjawab? Seperti yang anda tahu, Akta Keselamata Peribadi (PDPA) 2010 tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Tags: paduRafizi Ramli
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Rafizi Ramli kongsi kenapa kita perlu PADU

Rafizi Ramli kongsi kenapa kita perlu PADU

28 December 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN