• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo X100 Pro Malaysia: Flagship 2024 dengan Dimensity 9300, cip Vivo v3, dan banyak lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:30 pm
  • 03/01/2024
  • Komen
Siri Vivo X100 Pro Malaysia: Flagship 2024 dengan Dimensity 9300, cip Vivo v3, dan banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia memulakan kalendar 2024 mereka dengan pelancaran dua telefon berkelas flagship. Ia sama seperti 2023 dulu apabila mereka lancarkan siri flagship sejurus tahun baharu bermula. Dua model yang mereka lancarkan ialah:

  • Vivo X100 Pro
  • Vivo X100

Harga siri Vivo X100 di Malaysia

Siri Vivo X100 di Malaysia dijual pada harga seperti berikut:



  • Vivo X100 Pro (16GB + 512GB) – RM4,599
  • Vivo X100 (16GB + 512GB) – RM3,499

Harganya agak menarik jika dibandingkan dengan siri Vivo X90 tahun sudah yang masing-masing dijual pada harga seperti berikut:

  • Vivo X90 Pro (12GB + 256GB) – RM4,999
  • Vivo X90 (12GB + 256GB) – RM3,699

Tempahan awal untuk memiliki siri Vivo X100 sudah pun dibuka sekarang sehingga 5 Januari 2024 dan jualan hari pertama bermula 6 Januari 2024. Seperti biasa, ada promosi yang sedang berjalan untuk pembelian siri Vivo X100. Sekiranya anda dapatkan varian Pro, anda akan terima pengisar Joyoung pelbagai guna bernilai RM1,199, vivo TWS 2e, dan jam tangan pintar Vivo bernilai RM568. Anda juga terima 1 tahun jaminan tambahan beserta perlindungan daripada skrin retak Vivo Care 180 hari, semuanya bernilai RM599.



Jaminan dan perlindungan yang sama juga diberikan pada pembeli varian bukan Pro. Lagi yang bakal diterima adalah pengisar pelbagai guna Joyoung RM1,199 dan satu Vivo TWS Air bernilai RM179.

Spesifikasi Vivo X100 Pro

Vivo X100 Pro adalah varian paling tinggi di dalam sirinya. Ia adalah sebuah telefon sebesar 6.78” menggunakan panel AMOLED beresolusi FHD+ (2800 x 1260) dengan kadar segar semula setinggi 120Hz.

Atas papan utama, Vivo X100 Pro ditunjangi cip pemproses Mediatek Dimensity 9300 yang bergandingan bersama RAM 16GB dan storan seluas 512GB. Telefon ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.

Di jabatan pengimejan, Vivo X100 Pro ada tiga kamera belakang dan satu kamera selfie. Untuk kamera belakang, kesemuanya mengguna pakai sensor 50MP pelbagai saiz fizikal. Kamera utamanya adalah kamera 50MP F1.75 bersensor 1”.

Kemudian, ia ada kamera telefoto 4.3x zum optikal berteknologi ZEISS APO. Lensa ZEISS APO ini membolehkan kamera telefoto turut bertindak sebagai kamera makro dengan cara menyelaraskan titik fokal secara aktif apabila mode makro dihidupkan.

Kamera ketiga adalah kamera 50MP ultralebar dengan jarak fokal 0.6x berbanding kamera utama. Gambar selfie boleh anda ambil menggunakan kamera 32MP yang terletak di paparan berlubang bahagian depan.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik pada telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 5,400mAh dengan sistem pengecasan pantas FlashCharge 100W.

Lain-lain perkara yang perlu anda tahu adalah seperti ia kalis air pada paras IP68 dan telefon ini mempunyai sistem audio stereo.

Berbanding Vivo X90 Pro yang dilancarkan di Malaysia dalam bulan Februari 2023, Vivo X100 Pro bawakan rekaan baharu. Contohnya komponen kamera kini terletak di bahagian tengah dan tiada lagi jalur perak khas untuk tempatkan frasa “Xtreme Imagination”, sebaliknya ia dipahat terus pada badan telefon.

Kamera ultralebar Vivo X100 Pro dinaik taraf daripada 12MP kepada 50MP manakala dua lagi baki kamera masih gunakan sensor yang sama. Satu lagi perubahan adalah pada cip pengimejan yang ditukarkan daripada Vivo V2 kepada Vivo V3.

Bateri juga diperbesar daripada 4,870mAh. Walau bagaimanapaun, sokongan pengecas diturunkan daripada 120W.

Spesifikasi Vivo X100

Seperti biasa, varian bukan Pro adalah pilihan yang lebih mampu milik. Vivo X100 adalah telefon dengan paparan 6.78” beresolusi 2800 x 1260. Panelnya jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

Atas papan utama, Vivo X100 digerakkan cip pemproses Mediatek Dimensity 9300. Ada dua pilihan kombinasi RAM dan storan ditawarkan iaitu RAM 12GB + storan 256GB ataupun RAM 16GB + storan 512GB. Seperti varian Pro, Vivo X100 menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.

Untuk kamera, bilangan unit kamera depan dan belakang adalah sama seperti varian Pro, namun berbeza spesifikasinya. Kamera utama telefon ini menggunakan sensor 50MP manakala kamera telefoto menggunakan sensor 64MP. Akhir sekali, ia juga ada kamera ultralebar 50MP di samping kamera selfie 32MP.

Malangnya, sistem kamera Vivo X100 tidak menggunakan cip pengimejan Vivo V3 yang baharu sebaliknya masih gunakan Vivo V2 daripada siri X90 tahun lepas.

Vivo X100 (kiri) & Vivo X100 Pro (kanan)
Vivo X100 (kiri) & Vivo X100 Pro (kanan)

Vivo X100 mempunyai sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecas FlashCharge 120W.

Vivo X100 juga membawakan rupa fizikal berbeza berbanding Vivo X90. Kamera ultralebar juga dinaik taraf daripada 12MP disamping tangki bateri diperbesar daripada 4,810mAh. Ciri yang masih dikekalkan adalah ketiadaan kekalisan air IP68.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2
  • Tangkap gambar matahari dan menang hadiah percutian 3 hari 2 malam ke Xiamen dengan Vivo X100
  • Vivo V29 merah jambu dilancar, pelbagai hadiah ekslusif menanti pembeli
Tags: vivoVivo X100Vivo X100 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Vivo X100 Pro Malaysia: Flagship 2024 dengan Dimensity 9300, cip Vivo v3, dan banyak lagi

Siri Vivo X100 Pro Malaysia: Flagship 2024 dengan Dimensity 9300, cip Vivo v3, dan banyak lagi

3 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER