• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua telefon bakal terima isyarat telco dari satelit dengan teknologi Space X ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:10 pm
  • 04/01/2024
  • Komen
Semua telefon bakal terima isyarat telco dari satelit dengan teknologi Space X ini
Share on FacebookShare on Twitter

T Mobile dan SpaceX mengumumkan bahawa mereka mencatat sejarah apabila melancarkan sejumlah satelit Stalink yang mempunyai keupayaan Direct to Cell. Teknologi ini merujuk kepada kemampuan telefon biasa untuk menerima isyarat telco dengan bantuan satelit. Anda boleh anggap yang satelit ini adalah pencawang telco yang terapung dalam lingkungan orbit rendah (Low Earth Orbit).

Perkara yang lebih menarik adalah, teknologi ini boleh digunakan oleh sebarang telefon tanpa perlu modifikasi ataupun komponen khas. Menurut T Mobile, Direct to Cell adalah salah satu cara untuk mereka menyediakan perkhidmatan terutamanya kepada kawasan yang tiada liputan telco akibat ketiadaan menara pemancar di atas tanah.



Hal ini kerana, lebih setengah juta kilometer persegi kawasan di A.S tidak mempunyai cakupan telco kerana cabaran muka bumi ataupun tidak mempunyai kebenaran yang mencukupi untuk memacak menara.

Seperti penggunaan satelit untuk tujuan komunikasi lain, pengguna boleh jangkakan liputan sepenuhnya isyarat telco asalkan boleh melihat langit. Ujian akan dijalankan bermula dengan permesejan text, diikuti dengan panggilan suara dan akses data akan dilakukan.



Kerjasama T Mobile dengan Space X ini adalah permulaan kepada projek yang lebih besar. Dilaporkan bahawa beberapa telco daripada negara luar A.S sudahpun mendaftarkan minat untuk menjadi rakan penyedia perkhidmatan.

Penggunaan satelit untuk komunikasi dua hala orang awam kini semakin meluas penggunaannya. Contohnya, bermula iPhone 14 mampu menghantar isyarat kecemasan SOS menggunakan isyarat satelit. Telefon seperti Huawei Nova 12 juga dilapor menyokong komunikasi dua hala menerusi Beidou.

Sumber: T-Mobile

Bacaan berkaitan

Siri Huawei Nova 12 kini rasmi, hadir bersama sambungan satelit untuk panggilan dan mesej

iPhone 14 & 14 Plus: masih guna cip lama, ditambah pengesan kemalangan dan SOS satelit

Tags: space xt mobiletelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Semua telefon bakal terima isyarat telco dari satelit dengan teknologi Space X ini

Semua telefon bakal terima isyarat telco dari satelit dengan teknologi Space X ini

4 January 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN