• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming

  • OLEH Najib
  • 3:39 pm
  • 09/01/2024
  • Komen
Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ada yang perasan, Redmagic 9 Pro telah dibuka tempahan awal sebelum tahun baru 2024 dengan diskaun RM750. Rupa-rupanya, ada pengedar lain telefon pintar gaming ini di Malaysia dan hari ini, ia diumumkan pada harga lebih murah.

ZTE Malaysia mengumumkan ketibaan telefon gaming Redmagic 9 Pro dan membuka tempahan awal lain yang menyediakan hadiah percuma. Malah, harga rasmi yang diumumkan lebih murah berbanding pengumuman sebelum ini.



Harga dan Tempahan Awal

Kepada yang berminat memiliki telefon gaming berkuasa tinggi ini, tempahan awal dibuka dari 10 hingga 14 Januari 2024 oleh ZTE Malaysia. Tempahan boleh dibuat di Stor Rasmi Nubia Redmagic MY Shopee.

Harga rasmi Redmagic 9 Pro di stor ini adalah:



  • Sleet (RAM 12GB + storan 256GB) – RM3,499
  • Snowfall (RAM 16GB + storan 512GB) – RM4,399
  • Cyclone (RAM 16GB + storan 512GB) – RM4,399

Spesifikasi RedMagic 9 Pro

RedMagic memastikan telefon pintar terbaru mereka memiliki prestasi tertinggi. Ia dikuasakan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 4nm, bersama RAM LPDDR5X sehingga 12GB. Storan pula jenis UFS 4.0 dari 256GB sehingga 256GB.

kipas penyejuk RGB di bawah dua kamera

Keunikan telefon RedMagic sejak sekian lama adalah kipas penyejuk terbina di dalam peranti. Kali ini siri RedMagic 9 Pro dipasang dengan sistem penyejuk ICE 13 bersama kipas yang berputar selaju 22,000RPM serta lampu RGB. Ini membantu mengurangkan haba yang dilepaskan dan meningkatkan kestabilan peranti untuk menjalankan permainan berkuasa tinggi.

Skrin hadapannya jenis AMOLED keluaran BOE, berukuran 6.8-inci FHD+ (2480×1116) dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahannya mencecah 1,600nits. Ia ada kamera hadapan tersembunyi di belakang skrin generasi ke-5, serta pengimbas capjari di dalam skrin. Menambah kehebatan skrin ini adalah teknologi PWM 2,160Hz yang mengurangkan keletihan mata.

kamera hadapan tersembunyi di belakang skrin

Kamera hadapan yang tersembunyi itu memiliki sensor 16MP. Manakala di belakang, ia datang dengan dua kamera iaitu kamera utama 50MP menggunakan sensor Samsung JN5 dan OIS, serta kamera ultra lebar 50MP dengan sensor Samsung JN1.

Bermain game kini boleh tahan lebih lama di RedMagic 9 Pro kerana ia dilengkapi bateri sebesar 6,500mAh. Pengecas juga ditingkatkan kepada 80W. Port USB-C pula jenis USB 3.2, boleh menghantar data lebih pantas dan menyokong paparan luar resolusi tinggi.

Sistem bunyi stereo diuruskan menerusi dua pembesar suara linear 1115K tetapi menembak ke tepi. Ia menyokong teknologi Snapdragon Sound dan DTS:X Ultra. Jika perlu sambungan berwayar, jek audio 3.5mm turut disediakan.

Perkara terpenting sudah pasti adalah butang bahu, yang menambah pengalaman bermain lebih hebat. Telefon ini juga dihiasi dengan rekaan ala Cyberpunk dan beberapa garis lampu RGB untuk meningkatkan lagi keseronokan bermain game.

Warna Redmagic 9 Pro: Sleet, Cyclone dan Snowfall

Sistem operasi Android 14 digunakan, dilapisi antaramuka REDMAGIC OS 9.0. Ia juga hadir dengan perisian Game Space yang dikuasakan pembantu AI untuk mengenal pasti permainan dan menyediakan tetapan terbaik untuknya. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmagic 9 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • RedMagic 9 Pro akan guna kamera yang telah dilupakan tetapi disukai ramai
  • RedMagic 9 Pro: Telefon gaming idaman dengan kamera rata dan bateri paling besar
  • Miliki Redmagic 9 Pro dengan diskaun RM750 untuk tempoh terhad
Tags: NubiaRedMagicRedMagic 9 ProSnapdragon 8 Gen 3telefon gamingZTE
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming

Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming

9 January 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER