• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amaran! Berhenti guna pengecas IKEA ini sekarang dan pulangkannya

  • OLEH Najib
  • 10:48 pm
  • 10/01/2024
  • Komen
Amaran! Berhenti guna pengecas IKEA ini sekarang dan pulangkannya
Share on FacebookShare on Twitter

Ikea Malaysia telah mengeluarkan pemanggilan semula produk bernama “ÅSKSTORM 40W USB Charger” sebagai langkah keselamatan. Menurut Ikea, sesiapa yang memiliki pengecas berwarna kelabu bernombor artikel 60461197, dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dan segera menghubungi Ikea untuk proses pemulangan wang sepenuhnya.

Apa masalah pengecas USB 40W Ikea ini?

Ikea menjelaskan, kabel kuasa pengecas USB ÅSKSTORM 40W mungkin mengalami kerosakan atau patah, selepas dililit di sekeliling kepala pengecas atau dibengkok berulang kali untuk jangka masa yang lama. Kabel yang rosak ini boleh menjadi terbakar di dalam atau kejutan elektrik, kerana itu mereka memanggil semula produk ini.



Seperti gambar di atas, pengecas 40W ini memiliki dua port USB-A dan satu port USB-C. Port USB-C boleh menyalurkan kuasa sehingga 30W manakala pprt USB-A sehingga 10W. Kabel yang boleh dicabut dengan pemalam 2-pin juga disertakan.

Pengecas USB ÅSKSTORM 40W berwarna kelabu boleh dikenal pasti dengan melihat pada labelnya, yang menyatakan nombor model ICPSW5-40-1, yang boleh dilihat di belakang pengecas USB.



Cara memohon pemulangan wang

Jika anda memiliki pengecas yang dinyatakan ini, anda boleh mendapat pulangan wang sepenuhnya dengan memulangkannya ke mana-mana cawangan Ikea, di kaunter Pertukaran & Pemulangan (Exchanges & Returns). Menurut Ikea Malaysia, pengguna tidak perlu menunjukkan bukti pembelian pengecas.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pusat khidmat pelanggan Ikea Malaysia di nombor 03-7952 7575.

[Sumber: Ikea]

Tags: ÅSKSTORM 40W USB Chargerikeapengecas ikeaPengecas USB
Najib

Najib

POPULAR

Amaran! Berhenti guna pengecas IKEA ini sekarang dan pulangkannya

Amaran! Berhenti guna pengecas IKEA ini sekarang dan pulangkannya

10 January 2024
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN