• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan umum tiada caj tambahan 5G, adakah telco terlepas berita?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:08 am
  • 10/01/2024
  • Komen
Kerajaan umum tiada caj tambahan 5G, adakah telco terlepas berita?
Share on FacebookShare on Twitter

YB Fahmi Fadzil menerusi akaun X (Twitter) milik beliau berkongsikan satu kenyataan tentang caj tambahan 5G. Menurutnya, “Hari ini, saya umumkan, TIADA LAGI CAJ TAMBAHAN untuk perkhidmatan 5G.”

Dulu masa 3G naik taraf ke 4G, tiada caj tambahan. Bila 4G naik taraf ke 5G, tak sepatutnya ada caj tambahan.

Hari ini, saya umumkan, TIADA LAGI CAJ TAMBAHAN untuk perkhidmatan 5G.

Dengan pengumuman ini, saya ingin mengajak semua untuk naik taraf perkhidmatan telekomunikasi… pic.twitter.com/zaJBUZsbt5

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 9, 2024

Apabila pengguna bertanyakan apakah Terma & Syarat disebalik kenyataan ini, beliau membalas untuk merujuk kepada telco masing-masing. Adakah ini seperti baling batu sembunyi tangan?



Boleh rujuk dengan telco masing2

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 9, 2024

Sebilangan telco masih kenakan caj 5G

Tidaklah diketahui apakah maksud sebenar kenyataan YB Fahmi Fadzil tentang ketiadaan caj tambahan, tinjauan kami sewaktu artikel ini ditulis masih menunjukkan ada telco yang mengenakan caj tambahan untuk akses 5G.

Misalnya, Yoodo masih kenakan caj tambahan sehingga RM5 untuk mendapat akses 5G yang jadikan pelan 2GB data/bulan menjadi RM17/bulan.



Sumber

Digi Prepaid NEXT juga mengenakan caj sehingga RM90/bulan untuk akses 5G beserta 90GB data tambahan yang belum tentu digunakan oleh pelanggan kerana pelan asas sudahpun ada kuota unlimited.

Sumber

Prabayar Xpax juga mengenakan caj serendah RM5/bulan untuk akses 5G dengan 10GB data tambahan.

Sumber

Antara penyedia yang menawarkan pelan yang memberikan akses 5G percuma kepada pelan sedia ada adalah Maxis dan Hotlink.

Tags: 5gDNBFahmi Fadziltelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kerajaan umum tiada caj tambahan 5G, adakah telco terlepas berita?

Kerajaan umum tiada caj tambahan 5G, adakah telco terlepas berita?

10 January 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN