• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Oppo lancar dua fon putik baharu Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s, harga bermula RM169

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:11 am
  • 12/01/2024
  • Komen
Oppo lancar dua fon putik baharu Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s, harga bermula RM169
Share on FacebookShare on Twitter

Pada majlis pelancaran siri telefon Oppo Reno 11, Oppo turut memperkenalkan dua fon putik TWS (True Wireless Stereo) generasi terbaru iaitu Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s. Kedua-dua fon putik ini hadir dengan rekaan bertangkai dan memiliki ciri pembatalan hingar AI, sokongan hayat bateri panjang serta diiktiraf kalis percikan air dan debu. Untuk mudah bezakan, Enco Air3s adalah model lebih premium berbanding Buds2.

Harga Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s di Malaysia

Fon putik Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s tersedia untuk didapatkan orang ramai bermula hari ini. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Enco Buds 2 Pro – RM169
  • Enco Air 3s – RM249
Oppo Enco Air3s
Oppo Enco Buds2 Pro

Namun, tiada promosi yang disediakan untuk kedua-dua fon putik ini. Tetapi jika anda berminat, boleh dapatkannya di stor atas talian Oppo, kedia jenama Oppo, pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia dan juga gedung rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Oppo Enco Air 3s

Oppo Enco Air 3s masih mengekalkan rekaan Enco Air3 terdahulu, cuma bekasnya kini tidak lagi lutsinar dan tersedia dalam warna emas baharu. Audio fon putik ini dipacu pemacu komposit bersaiz 13.4mm dengan sokongan HiFi 5 DSP untuk memproses bunyi definisi tinggi.



Selain itu, fon putik terbaru Oppo ini turut dilengkapi ciri Alive Audio Oppo yang mana dapat menambah baik bunyi sekeliling. Untuk panggilan, ia menyokong pembatalan hingar AI bagi menyingkir bunyi luar berikan suara pemanggil sentiasa kedengaran jelas.

Berkenaan sambungan, ia menggunakan Bluetooth 5.3 dan menyokong Google Fast Pair untuk sambungan mudah pada peranti Android. Tambahan pula, terdapat mod permainan menjadikan sambungan berkependaman ultra rendah pada 47ms dan turut boleh disambung ke dua peranti serentak.

Dari segi bateri, fon putik ini mampu bertahan sehingga 6 jam dan sehingga 25 jam jika bersama bekas pengecas. Mengecas 10 minit didakwa oleh Oppo akan berikan masa pengguna 2 jam. Penggunaan untuk aktiviti kecergasan juga sesuai kerana ia ada kalis percikan air dan debu IP54.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo Enco Air3s.

Spesifikasi Oppo Buds 2 Pro

Berbanding Enco Air 3s, Buds 2 Pro merupakan model lebih mampu milik. Fon putiknya hadir dengan pemacu komposit titanium dinamik 12.4mm, hasilkan bunyi lebih dalam serta bass yang lazat. Ia memiliki dua buah mikrofon berkeupayaan menyingkir bunyi luar menggunakan algoritma AI, bersama dengan kedudukan mikrofon yang optimum dapat mengurangkan bunyi angin.

Bunyi audio boleh diubah mengikut cita rasa menerusi fungsi Enco Master yang ia lengkapi. Dari situ anda boleh ubah tiga profil tersedia iaitu Balanced, Bass dan Bold. Selain itu, ia juga menyokong Dolby Atmos dan Dirac Audio Tuner, serta fon putik boleh ditambat dengan lancar apabila digunakan bersama telefon Oppo.

Sambungan fon putik ini dilakukan melalui Bluetooth 5.3, dan ia amat sesuai untuk kegunaan di gym kerana diiktiraf kalis air dan debu IP55. Hayat bateri fon putik mampu bertahan sehingga 8 jam, dan sehingga 38 jam bersama bekas pengecas. Ia tersedia dalam warna putih dan hitam.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk Enco Air3s dan Enco Buds2 Pro.

Bacaan berkaitan

  • Oppo Reno 11: Guna Dimensity 7050 dan sokong Android 14 pada harga bawah RM2,000
  • Oppo Reno 11 Pro: Kuasa Dimensity 8200, kamera selfie autofokus dan pengecasan 80W
  • Oppo Pad Neo: Tablet mampu milik sokong LTE, skrin besar 11.36″ dan empat speaker Dolby Atmos
Tags: Enco Air 3sEnco Buds 2 ProoppoOppo Enco Air 3sOppo Enco Buds 2 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo lancar dua fon putik baharu Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s, harga bermula RM169

Oppo lancar dua fon putik baharu Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s, harga bermula RM169

12 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER