• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X6 Pro berprestasi flagship Dimensity 8300 Ultra, pertama dengan HyperOS

  • OLEH Najib
  • 1:39 am
  • 12/01/2024
  • Komen
Poco X6 Pro berprestasi flagship Dimensity 8300 Ultra, pertama dengan HyperOS
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi peranti terhebat dalam pelancaran Poco sebentar tadi adalah Poco X6 Pro. Malah, ia adalah telefon pintar pertama dilancar di Malaysia, datang siap dengan sistem operasi terbaru Xiaomi HyperOS.

Bagaimanapun, hanya prestasinya sahaja yang jauh meninggalkan Poco X6 dan Poco M6 Pro yang dilancar bersama-sama. Kebanyakan perkara lain, ia berkongsi perkakas yang hampir serupa.



Harga dan Promosi Poco X6 Pro

Poco Malaysia turut mengumumkan penjualan serta-merta Poco X6 Pro sejurus pelancaran antarabangsa tadi. Tambah menarik apabila pembeli terawal dapat menikmati diskaun untuk mendapatkan Poco X6 Pro.

Berikut adalah harga rasmi dan harga promosi Poco X6 Pro:



  • Poco X6 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499 RM1,259
  • Poco X6 Pro (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,699 RM1,449

Harga promosi ini hanya tersedia dari 11-18 Januari 2024, eksklusif di Stor Rasmi Poco di Shopee sahaja.

Spesifikasi Poco X6 Pro

Prestasi tinggi pada Poco X6 Pro disumbang oleh penggunaan cipset kelas flagship, Mediatek Dimensity 8300-Ultra 4nm. Ia dibuktikan dengan markah AnTuTu yang diperoleh melebihi 1 juta mata. Selain itu, Poco X6 Pro turut menggunakan RAM lebih pantas LPDDR5X sehingga 12GB bersama storan UFS 4.0 sehingga 512GB. Tiada slot kad mikroSD disediakan.

Skrin yang digunakan agak serupa dengan Poco X6 iaitu jenis CrystalRes 1.5K Flow AMOLED 120Hz, dengan kecerahan tertinggi mencecah 1,800 nits. Pengimbas capjari ada di dalam skrin dan kaca Corning Gorilla Glass 5 melapisi bahagian atas skrin.

Kamera belakang Poco X6 Pro sebenarnya serupa dengan Poco M6 Pro yang lebih murah. Iaitu kamera utama 64MP dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP serta kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 16MP, terdapat di dalam lubang kecil di atas skrin.

Kapasiti bateri dan kuasa mengecas juga mirip Poco M6 Pro, iaitu kapasiti bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W. Kepala pengecas 67W ada diberi di dalam kotak. Sambungan wayarles lebih baik terdapat pada telefon ini, antaranya Bluetooth 5.4 dan WiFi 802.11 ax.

Lain-lain perkara menarik pada Poco X6 Pro adalah keupayaan speaker stereo Dolby Atmos, sokongan NFC serta ada pemancar infra merah. Tetapi satu lebih menarik adalah, Poco X6 Pro datang siap dengan sistem operasi baru Xiaomi HyperOS. Ini adalah peranti pertama di Malaysia didatangkan siap dengan HyperOS.

Terdapat tiga warna tersedia untuk Poco X6 Pro iaitu kuning (kulit vegan(, hitam dan kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Poco X6 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Poco X5 dan X5 Pro, telefon 5G dengan kamera 108MP dan pengecas 67W di bawah RM1,500
  • Poco X5 5G & Poco X5 Pro 5G: 5 perkara anda kena tahu sebelum membelinya
  • Poco X5 dan X5 Pro, telefon 5G dengan kamera 108MP dan pengecas 67W di bawah RM1,500
Tags: PocoPoco X6Poco X6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Poco X6 Pro berprestasi flagship Dimensity 8300 Ultra, pertama dengan HyperOS

Poco X6 Pro berprestasi flagship Dimensity 8300 Ultra, pertama dengan HyperOS

12 January 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER