• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Tempahan BYD Seal, sedan elektrik pesaing Tesla Model 3, dibuka 19 Januari 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:27 am
  • 16/01/2024
  • Komen
Tempahan BYD Seal, sedan elektrik pesaing Tesla Model 3, dibuka 19 Januari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Pengedar ekslusif EV berjenama BYD di Malaysia, Sime Darby Motors (SDM) telah mengutuskan teaser tentang sebuah model EV baharu yang bakal masuki Malaysia. Model yang dimaksudkan ialah BYD Seal. Sebenarnya model ini pertama kali dipertontonkan sewaktu pelancaran Atto 3 dalam bulan Disember 2022 yang lalu dan info terbaharu daripada SDM mengatakan yang tempahan awal untuk memilikinya akan dibuka pada 19 Januari 2024 ini.

View this post on Instagram

A post shared by BYD Cars Malaysia (@bydcarsmalaysia)

Selain daripada tarikh, maklumat lain tentang apakah promo tempahan awal dan yang lebih penting bilakah tempahan akan mula diedarkan di Malaysia tidak pula dikongsikan.



Anggaran harga BYD Seal di Malaysia

BYD Seal dianggarkan berharga lebih mahal daripada BYD Atto 3. Ia dilihat sebagai pesaing hebat kepada Tesla Model 3. Maka dengan sebab itu, tanda harga sekitar RM200,000 bergantung kepada varian boleh dijangkakan untuk BYD Seal.

BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

BYD Seal telahpun dijual di beberapa pasaran kenderaan berpemandu sisi kanan (right-hand-drive) seperti Australia, New Zealand, Singapura, dan Thailand. Maka tidaklah menjadi masalah untuk SDM membawa masuk model ini daripada psaran-pasaran berhampiran.



Seperti biasa, beberapa varian mungkin dibawa masuk bermula daripada Dynamic untuk tanda harga terendah. Premium untuk trim yang lebih banyak manakala Performance untuk motor yang lebih berkuasa.

BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

Spesifikasi BYD Seal di Malaysia

BYD Seal adalah salah satu entri dalam siri laut kenderaan BYD selain Dolphin, Sea Lion 07, dan sebuah hibrid plug-in Chaser 05. Apabila masuki Malaysia kelak, BYD Seal bakal jadi EV BYD yang ketiga jenama itu selepas Atto 3 dan juga Dolphin.

BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

Varian Dynamic untuk BYD Seal diperkasa motor tunggal 150kW (201hp) yang menghasilkan daya tujah setinggi 310Nm. Motornya memacu roda belakang dan boleh memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 7.5 saat sahaja. Jarak kembara untuk varian ini diukur pada 460km berbekalkan pek bateri 61.44kWh (WLTP). Pek bateri ini dicas menggunakan sama ada pengecas 7kW AC ataupun 110kW DC.

Varian Premium pula mempunyai motor yang lebih berkuasa dengan angka 230kW (309hp) dan tork setinggi 360Nm. Kuasa tambahan itu membolehkan pecutan abad dilakukan dalam amsa 5.9 saat sahaja. Pek bateri berkapasiti 82.56kWh bekalkan kuasa kepada motor elektrik ini dan mampu bawanya sejauh 570km.

Varian yang paling berkuasa adalah yang ada pacuan semua roda. Ia memiliki output berjumlah 390kW (523hp) dengan tork setinggi 670Nm. Pecutan kembara mengambil masa 3.8 saat. Pek bateri varian Performance adalah sama dengan varian Premium tapi jarak kembaranya adalah lebih pendek, pada 520km. Variasi Premium dan Performance kedua-duanya menyokong pengecasan 150kW DC dan 7kW AC.

Tags: BYDbyd sealEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Tempahan BYD Seal, sedan elektrik pesaing Tesla Model 3, dibuka 19 Januari 2024

Tempahan BYD Seal, sedan elektrik pesaing Tesla Model 3, dibuka 19 Januari 2024

16 January 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER