• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Hot 30 dan Hot 30i diganda storan & RAM, harga kekal tapi ada diskaun RM100

  • OLEH Najib
  • 8:47 pm
  • 17/01/2024
  • Komen
[REVIU] Infinix Hot 30: Ada prestasi yang bagus, kamera 50MP dan bateri yang besar
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Infinix semakin melonjak di Malaysia sebagai peranti mampu milik yang sangat berbaloi. Hari ini, Infinix Malaysia mengumumkan penurunan harga dan naik taraf RAM serta storan, untuk model termurah, Hot 30 dan Hot 30i.

Bagi Hot 30, storan digandakan daripada 128GB menjadi 256GB. Untuk Hot 30i pula, ia menerima pembesaran RAM fizikal kepada 8GB.



Harga dan Promosi Terhad

Kedua-dua model telefon Hot 30 dan Hot 30i dengan RAM dan storan baru dijual di Malaysia mulai hari ini, dengan harga seperti berikut:

  • Infinix Hot 30 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM599
  • Infinix Hot 30i (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM399

Orang ramai yang berminat, boleh mendapatkan Infinix Hot 30 dan Hot 30i di semua pengedar sah Infinix, serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok.



Lebih menarik, Hot 30 dengan storan 256GB diberi diskaun RM100, menjadikan ia dijual pada harga RM499 sahaja. Bagaimanapun, stok untuk harga ini terhad, siapa yang cepat akan dapat.

Spesifikasi Hot 30

Telefon Infinix Hto 30 dikuasakan cip Mediatek Helio G88 12nm, bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan dalaman eMMC seluas 256GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan storan.

Skrinnya jenis LCD IPS berukuran 6.78-inci HD penuh dengan kadar penyegaran 90Hz. Kecerahannya pula boleh pergi setinggi 580 nits. Pengimbas capjari terdapat di sisi, di dalam butang kuasa.

Lubang kecil di atas skrin menempatkan kamera hadapan 8MP F2.45. Manakala di belakang, ia menggabungkan kamera utama 50MP F1.6 dan lensa kedua dipanggil lensa AI.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan pengecasnya menyokong kuasa sehingga 33W menerusi USB-C. Jek audio 3.5mm masih dikekalkan dan hadir dengan sokongan NFC. Hot 30 boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Hijau, Hitam dan Putih.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Infinix Hot 30, anda boleh baca artikel reviu kami di sini.

Spesifikasi Hot 30i

Infinix Hot 30i adalah telefon lebih mampu milik. Ia dikuasakan oleh cip Unisoc T606 bersama-sama RAM 8GB dan storan 128GB. Di paparan, ia menggunakan panel LCD berukuran 6.56-inci dengan resolusi 720×1612. Ia mempunyai kadar segar semula sehingga 90Hz kadar pensampelan sentuh adalah 180Hz dengan kecerahan maksimum adalah sehingga 500 nits.

Tenaga pula disumbang oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 18W. Bahagian pengimejan mengguna pakai kamera utama 13MP dan kamera selfie 8MP di hadapan. Lain-lain ciri termasuk sambungan jek audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di butang kuasa. Hot 30i didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Biru, Hitam dan Putih.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Infinix Hot 30i.

Bacaan Berkaitan

  • [REVIU] Infinix Hot 30: Ada prestasi yang bagus, kamera 50MP dan bateri yang besar
  • Infinix Hot 30 & Infinix Hot 30i: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Telefon murah mana lebih bagus, Realme C53, Infinix Hot 30 atau Redmi 12?
  • Infinix sah lancar siri Hot 30 dengan kerjasama FreeFire
Tags: InfinixInfinix Hot 30Infinix Hot 30i
Najib

Najib

POPULAR

[REVIU] Infinix Hot 30: Ada prestasi yang bagus, kamera 50MP dan bateri yang besar

Infinix Hot 30 dan Hot 30i diganda storan & RAM, harga kekal tapi ada diskaun RM100

17 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER