• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Loji elektrik solar hibrid 500MW akan dibangunkan di Segamat, Johor

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:09 pm
  • 19/01/2024
  • Komen
Loji elektrik solar hibrid 500MW akan dibangunkan di Segamat, Johor
Share on FacebookShare on Twitter

UEM Group Berhad melalui subsidiari mereka, UEM Lestra Berhad telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan HEXA Renewables Malaysia Sdn. Bhd. dan ITRAMAS Corporation Sdn. Bhd. untuk membangunkan loji janakuasa elektrik solar hibrid dengan kapasiti 1GW.

Sebagai permulaan, sebuah loji janakuasa berkapasiti 500MW akan dibangunkan dalam masa terdekat di atas tanah strategik yang letaknya di Segamat, Johor.



Ini adalah kesinambungan kepada memorandum persefahaman yang mereka tanda tangani dalam bulan Julai 2023 lalu sewaktu pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa 1.

Kerjasama itu menyaksikan sebuah syarikat usaha sama akan diwujudkan iaitu Lestra Hexa JV Sdn. Bhd. Sebanyak 51% syarikat akan dipegang oleh UEM Lestra sementara HEXA Renewables akan memegang 49%. ITRAMAS pula dipertanggungjawabkan untuk menjadi rakan teknikal daripada sudut penyediaan perkhidmatan daripada segi kejuruteraan, perolehan, dan pembinaan.



Pihak UEM masih lagi berada di fasa perbincangan dengan pihak-pihak berpotensi untuk projek 500MW yang seterusnya.

NETR diwujudkan untuk memacu Malaysia ke arah penggunaan tenaga boleh baharu sepenuhnya. Selain itu, EV juga menjadi angenda utama NETR apabila kerajaan berikrar untuk memasang 10,000 stesen EV menjelang tahun 2025 dan juga lebih banyak pengangkutan awam akan dielektrikkan.

Manfaat sampingan yang dibawakan NETR juga ada. Dijangkakan sebanyak 23,000 pekerjaan berimpak tinggi bakal wujud yang bermakna lebih ramai penduduk Malaysia akan beroleh pendapatan lebih tinggi lantas hidup dengan lebih selesa.

Anda boleh baca tentang NETR di sini.

Tags: netr
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Loji elektrik solar hibrid 500MW akan dibangunkan di Segamat, Johor

Loji elektrik solar hibrid 500MW akan dibangunkan di Segamat, Johor

19 January 2024
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER