• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penjawat awam perlu kemas kini data PADU sebelum 15 Februari

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:39 am
  • 23/01/2024
  • Komen
240123 Sistem Data PADU
Share on FacebookShare on Twitter

Semua penjawat awam diminta untuk mengemas kini data dan maklumat di dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah dilancarkan pada 2 Januari 2024, selewat-lewatnya pada 15 Februari ini.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan, melalui surat pekeliling bertarikh 17 Januari lepas yang dikongsikan melalui hantaran di X, semalam. 



𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐀𝐃𝐔) pic.twitter.com/HMy7pBEH31

— Jabatan Perkhidmatan Awam 🇲🇾 (@jpagov) January 22, 2024

Tempoh kemas kini PADU sehingga 15 Februari

Berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan itu, kemas kini data dan maklumat perlu dilakukan bukan sahaja oleh penjawat awam persekutuan tetapi turut melibatkan mereka yang berada di bawah kerajaan negeri dan tempatan. Malah badan berkanun juga tidak dikecualikan daripadanya.

Menerusi surat pekeliling tersebut juga, turut menyebutkan bahawa ia merupakan arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 14 Januari lalu.



Syabas kepada anda semua yang telah mendaftar dan menjadi sebahagian daripada yang menjayakan pelaksanaan PADU. Sehingga 21 Januari 2024 jam 11.59 malam, jumlah individu yang telah berjaya mendaftar di sistem PADU adalah seramai 1,427,124 orang. pic.twitter.com/OH8m3Vl991

— PADUOfficial (@paduofficial_) January 22, 2024

Melalui statistik yang disiarkan di X, PADU telah merekodkan 1,427,127 pendaftaran sehingga 11:59 malam pada 21 Januari 2024.. 

PADU telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari 2024 adalah berobjektifkan untuk membantu kerajaan menyediakan pengukuran sosioekonomi rakyat dengan lebih tepat serta mengelakkan keciciran serta membolehkan pengagihan subsidi bersasar menjadi lebih efektif.

Sudahkah anda mendaftar sistem PADU? Jika belum, anda boleh mendaftar serta melakukan kemas kini data dan maklumat di portal PADU. 

Bacaan berkaitan:

  • Rafizi Ramli kongsi kenapa kita perlu PADU
  • PADU: Ini cara mendaftar akaun baru PADU
  • PADU: Perkara yang perlu anda tahu tentang Pangkalan Data Utama
Tags: paduPangkalan Data UtamaPenjawat awam
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
240123 Sistem Data PADU

Penjawat awam perlu kemas kini data PADU sebelum 15 Februari

23 January 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER