• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GeForce Now di Android kini sokong 1440p 120fps

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:39 am
  • 26/01/2024
  • Komen
GeForce Now di Android kini sokong 1440p 120fps
Share on FacebookShare on Twitter

GeForce Now mengumumkan penambahbaikkan perkhidmatan penstriman pemainan untuk pengguna Android. Paling utama adalah mereka kini boleh menikmati permainan pada resolusi sehingga 1440p dengan kadar bingkai sehingga 120fps. Buat yang mempunyai telefon dan sambungan Internet yang cukup pantas, ia pastinya satu berita baik.

Pihak penyedia perkhidmatan juga menambah 10 permainan baharu kedalam koleksi. 10 tajuk yang boleh dimainkan adalah seperti:



  • Stargate: Timekeepers
  • Enshrouded
  • Firefighting Simulator – The Squad
  • Metal: Hellsinger
  • Road 96: Mile 0
  • Shadow Tactics: Blades of the Shogun
  • Shadow Tactics: Blades of the Shogun – Aiko’s Choice
  • Solasta: Crown of the Magister
  • Tails Noir
  • Wobbly Life

Selain daripada permainan masuk, ada juga tajuk yang dibawa keluar. Berikut adalah tajuk yang akan meninggalkan koleksi:

  • 428 Shibuya Scramble
  • AI: The Somnium Files
  • Conception PLUS: Maidens of the Twelve Stars
  • Danganronpa: Trigger Happy Havoc
  • Danganronpa 2: Goodbye Despair
  • Danganronpa V3: Killing Harmony
  • Danganronpa Another Episode: Ultra Despair Girls
  • Fire Pro Wrestling World
  • Re: ZERO – Starting Life in Another World – The Prophecy of the Throne
  • RESEARCH and DESTROY
  • Shiren the Wanderer: The Tower of Fortune and the Dice of Fate
  • STEINS;GATE
  • Zanki Zero: Last Beginning
  • Zero Escape: The Nonary Games

Dalam pasaran seperti A.S, GeForce Now ditawarkan dalam pelan Ultimate. Pelanggan pelan ini boleh menikmati permainan AAA selama 8 jam dalam sesuatu sesi dan kini boleh mengakses pelayan yang dikuasakan GeForce RTX4080 untuk bermain.



Di Malaysia, GeForce Now ditawarkan melalui kerjasama Yes 5G dengan Nvidia. Pelanggan Yes sedia ada boleh melanggan pelan GeForce Now Yes Monthly dan Yes Annual pada harga masing-masing RM30/bulan dan RM300/tahun. Pelanggan bukan Yes pula boleh melanggan pelan yang sama pada harga masing-masing RM50/bulan dan RM500/tahun.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: GeForce

Tags: GeForce Nownvidia geforce now
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
GeForce Now di Android kini sokong 1440p 120fps

GeForce Now di Android kini sokong 1440p 120fps

26 January 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN