• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia Airlines guna EV BMW i7 untuk hantar penumpang istimewa ke terminal penerbangan

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:38 pm
  • 26/01/2024
  • Komen
Malaysia Airlines guna EV BMW i7 untuk hantar penumpang istimewa ke terminal penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Airlines (MAS) telah mengumumkan kerjasama dengan BMW Group Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran peribadi ke terminal penerbangan menggunakan kenderaan EV BMW i7. Kemudahan ini disediakan untuk penumpang Kelas Perniagaan, Suite Perniagaan dan Enrich Platinum, berikutan penggantungan perkhidmatan aerotrain di terminal KLIA 1.

Kerjasama ini dilakukan melalui rakan kongsi BMW iaitu Ingress Auto Sdn Bhd. Perkhidmatan penghantaran peribadi ini akan bermula pada 1 Februari 2024. Ia akan menawarkan kemudahan pemindahan penumpang bermula dari lounge premium di Gate G1 di bangunan terminal utama ke terminal Satellite di KLIA 1, di mana ia akan beroperasi selama 24 jam sehari.



Selain itu, perkhidmatan penghantaran ini juga merupakan tambahan kepada perkhidmatan bas premium sedia ada disediakan oleh MAS sejak berlakunya gangguan perkhidmatan aerotrain.

Bagaimanapun, dalam fasa awal, kenderaan EV BMW i7 hanya tersedia untuk menghantar penumpang bagi tujuan berlepas sahaja. Ini kerana lounge ketibaan di bangunan Satellite masih dalam fasa penambahbaikan. Tetapi, MAS memaklumkan mereka juga akan menyediakan perkhidmatan ini serta menyediakan unit tambahan untuk keperluan penghantaran penumpang yang tiba pada masa depan, selepas penambahbaikan bangunan tersebut selesai.



Menggunakan kereta BMW i7, ia boleh memuatkan dan menghantar sehingga empat orang penumpang dalam satu masa.

Ahmad Luqman ketiga dari kiri bersama pihak MAG, BMW Group Malaysia dan Ingress Auto Malaysia

Ketua Pegawai Ekskutif Syarikat Penerbangan dari Malaysia Aviation Group (MAG) berkata, “Dengan perkhidmatan eksklusif ini, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman perjalanan untuk pelanggan kami, memastikan mereka dapat menikmati keselesaan premium sebagai sebahagian daripada perjalanan hujung ke hujung mereka bersama kami”.

Beliau turut mengatakan langkah ini juga menekankan dedikasi pihak MAS untuk meningkatkan standard perkhidmatan mereka dalam memastikan pengalaman perjalanan yang premium, di samping mengukuhkan komitmen untuk menerapkan amalan mampan yang menjadikan sebab mereka memilih kenderaan elektrik BMW i7.

Di samping itu, BMW menurut, mereka akan memasang pengecas AC 22kW di KLIA untuk keperluan mengecas kereta BMW i7 yang digunakan. Perkhidmatan penghantaran peribadi ini akan berjalan sehingga perkihdmatan aerotrain kembali beroperasi semula. Mengikut laporan sebelum ini, dijangka satu areotrain akan mula beroperasi pada tahun ini, dengan operasi penuhnya pada tahun 2025.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • MAS & Firefly tawar tambang tetap istimewa ke Sabah & Sarawak sempena cuti perayaan 2024
  • Boeing 737-8 pertama MAS tiba di Malaysia, siap ada WiFi berkelajuan tinggi
  • MAS benar bawa makanan sendiri dalam pesawat dek isu dengan Brahim’s Food Services
Tags: BMWBMW i7EVEV MalaysiaKLIAMalaysia Airlines
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Malaysia Airlines guna EV BMW i7 untuk hantar penumpang istimewa ke terminal penerbangan

Malaysia Airlines guna EV BMW i7 untuk hantar penumpang istimewa ke terminal penerbangan

26 January 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN