• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Insurans EV dilapor dua kali ganda tinggi daripada ICE, di mana jimatnya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:49 pm
  • 29/01/2024
  • Komen
Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?
Share on FacebookShare on Twitter

Pemilik kenderaan elektrik (EV) di UK kini berdepan dengan cabaran sama ada mahu selamatkan alam ataupun selamatkan poket. Dilaporkan yang purata premium insurans perlindungan EV mereka kini berada pada paras GBP1,344 (RM8,085) ataupun dua kali ganda berbanding kenderaan berenjin pembakaran dalam (ICE).

Audi e-tron GT quattro

Berdasarkan kajian dan tinjauan, syarikat insurans memetik faktor seperti:



  1. kos membaiki yang mahal,
  2. tempoh membaiki yang panjang, dan
  3. kekurangan kepakaran dalam pembaikan EV

sebagai penyumbang kepada kenaikan ini. Syarikat insurans juga memaklumkan yang purata tuntutan pembaikan untuk kenderaan EV adalah 35% lebih tinggi berbanding ICE. Disebabkan kekurangan kepakaran, makanya banyak EV di UK terpaksa dikategorikan sebagai total lost yang seterusnya menjejaskan dana insurans itu sendiri.

Kia EV6 GT

Berkemungkinan besar semua yang disebut tadi telah menyebabkan permintaan untuk EV di UK mencatatkan graf yang semakin mendatar dalam tahun 2023 menurut laporan yang sama.



Sumber

Berdasarkan data kerajaan UK, dalam tahun 2023 setakat suku 3, dilaporkan sebanyak hampir 137 ribu EV telah didaftar. Dengan baki data daripada suku 4 2023 yang masih tiada, kelihatan ia masih jauh untuk mengejar angka pendaftaran dalam tahun 2022 yang menghampiri 156 ribu unit.

Tidak mustahil apa yang berlaku di UK akan merebak ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Walaupun berjimat daripada segi bahan api, adakah kos pemilikan EV akan meningkat di bahagian lain pula?

Sumber: Bloomberg

Tags: EV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apa yang menarik dengan BMW iX dan i4?

Insurans EV dilapor dua kali ganda tinggi daripada ICE, di mana jimatnya?

29 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER