• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anak Malaysia berjaya bangunkan pengecasan tanpa wayar di angkasa, akan diguna di bulan

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:02 pm
  • 31/01/2024
  • Komen
240131 Stesen Pengecas Tanpa Wayar Angkasa
Share on FacebookShare on Twitter

Cukup membanggakan apabila tiga anak Malaysia berjaya mencipta teknologi bertaraf dunia, sebuah stesen pengecasan tanpa wayar untuk kegunaan di angkasa lepas dan bulan.

Stesen pengecasan tanpa wayar itu dikatakan akan membolehkan pengecasan dilakukan dengan hanya menggunakan isyarat radio. Pada masa ini, sumber elektrik di angkasa hanya bergantung kepada penggunaan panel solar.



240131 Stesen Pengecas Tanpa Wayar Angkasa
Dari kiri: Muhammad Mohd Kamil, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan dan Lee Guo Rui

Bank kuasa tanpa wayar untuk satelit itu dihasilkan oleh pengasas Aphelia Sdn Bhd; Muhammad Mohd Kamil, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan dan Lee Guo Rui, yang mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan perisian dan pemasaran.

Stesen pengecasan gunakan isyarat radio 

Secara umumnya, ciptaan tersebut membabitkan pembinaan stesen pengecasan yang menghubungkan satelit tanpa penggunaan wayar, sebaliknya bergantung kepada isyarat radio. 



Menurut Razlan, apa yang dihasilkan mereka adalah sama seperti konsep mengecas telefon pintar menggunakan bank kuasa tanpa wayar. Namun apa yang membezakan adalah stesen pengecasan tersebut berupaya digunakan untuk jarak yang lebih jauh.

240131 Stesen Pengecas Tanpa Wayar Angkasa
Stesen pengecasan tanpa wayar membolehkan pemindahan tenaga dilakukan melalui isyarat radio

Stesen pengecasan yang dihasilkan itu dikatakan dapat menjadikan proses pengecasan lebih efisien, mampu mengurangkan kos serta memanjangkan jangka hayat satelit.

Projek stesen pengecasan tanpa wayar yang dihasilkan berjaya melayakkan mereka untuk menyertai Startup World Cup pada 1 Disember 2023. Ia juga telah menarik perhatian Astrolab, syarikat yang telah menandatangani perjanjian dengan SpaceX untuk membawa perayau (rover) pertamanya ke bulan pada penerbangan Starship yang dijangka pada tahun 2026.

Bagi Muhammad, dia berharap usaha mereka itu akan dapat menyingkirkan anggapan bahawa rakyat Malaysia sekadar pengguna teknologi, tanpa menyumbang apa-apa kepada kemajuan teknologi manusia. Dalam masa sama dapat menggalakkan orang ramai untuk mencipta teknologi bertaraf dunia.

Jom tonton video temu bual bersama tiga rakyat Malaysia tentang inspirasi mereka dalam mencipta stesen pengecasan tanpa wayar ini:

[Sumber: FMT]

Tags: angkasaAstrolabPengecasan tanpa wayarsatelitSpaceX
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240131 Stesen Pengecas Tanpa Wayar Angkasa

Anak Malaysia berjaya bangunkan pengecasan tanpa wayar di angkasa, akan diguna di bulan

31 January 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN