• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi 14 masuk pasaran global hujung Februari, dijangka lancarkan model baharu

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:23 pm
  • 07/02/2024
  • Komen
240207 - Xiaomi 14 Global
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi secara rasmi mendedahkan tarikh pelancaran global telefon pintar flagship siri Xiaomi 14 yang merupakan telefon pertama Xiaomi dengan OS terbaharu, iaitu HyperOS. Ia dijadualkan berlangsung pada 25 Februari nanti, sempena Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona yang akan diadakan bermula 26 hingga 29 Februari.

Pengumuman yang dibuat hantaran di media sosial X itu turut membayangkan bahawa telefon pintar keluaran jenama itu akan memfokuskan pada bahagian kamerannya.



It's a moment we share. Feb 25th, the #LensToLegend journey begins. Get ready to be inspired. 🟠📷🔴 #Xiaomi14Series pic.twitter.com/bw1PyxO6Vg

— Lei Jun (@leijun) February 6, 2024

Selain dua model Xiaomi 14 dan 14 Pro, model Xiaomi 14 Ultra turut dijangka akan diperkenalkan pada tarikh yang sama. Ini kerana berdasarkan gambar pada poster promosi, menampilkan kamera berbentuk bulat, sedangkan pada model Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro, bentuk kameranya bersegi. 

Buat masa ini, masih belum ada kepastian lagi mengenai Xiaomi 14 Ultra tetapi ia telah dikesan di Geekbench. Khabarnya model itu akan dilengkapi 4 kamera berbanding 3 kamera pada Xiaomi 14 dan 14 Pro.



Spesifikasi Xiaomi 14 Pro

Dijangkakan varian global Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro akan berkongsi spesifikasi yang sama seperti yang dilancarkan untuk pasaran China.

240207 - Xiaomi 14 Global

Di China, bahagian muka model Pro dilengkapi dengan skrin paparan AMOLED 6.73-inci resolusi 2K (3200×1400), kadar penyegaran semula setinggi 120Hz dan kecerahan puncak pada 3,000 nits. 

Xiaomi 14 Pro dijana cipset Snapdragon 8 Gen-3 dan menyokong RAM LPDDR5X sehingga 16GB dengan storan dalam sehingga 1TB.

240207 - Xiaomi 14 Global

Untuk optiknya, terdapat tiga kamera belakang jenama Leica. Kamera utamanya 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera telefoto 50MP dan kamera ultralebar 50MP. Untuk swafoto dan panggilan video, disediakan kamera hadapan 32MP.

Bagi kapasiti bateri pula, ia menampilkan bateri 4,800mAH dengan sokongan pengecasan berwayar 120W, tanpa wayar 50W dan reverse wireless charging 10W.

Spesifikasi Xiaomi 14

Perbezaan utama antara model asas dan Pro terletak pada saiz skrin yang lebih kecil, 6.36-inci resolusi 1.5K (1,200×2,600). Namun dari aspek spesifikasi lain, ia sama seperti model Pro. Ia boleh dijadikan pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan telefon kecil tetapi berkuasa tinggi.

Bahagian kameranya juga sama seperti model 14 Pro. Ini bermakna untuk optiknya ia mempunyai tiga kamera belakang jenama Leica. Kamera utamanya 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera telefoto 50MP dan kamera ultralebar 50MP. Manakala kamera hadapan 32MP yang boleh digunakan untuk swafoto dan panggilan video,

240207 - Xiaomi 14 Global
240207 - Xiaomi 14 Global

Kapasiti bateri untuk Xiaomi 14 kecil sedikit berbanding model Pro, iaitu pada 4,610mAH yang turut menawarkan sokongan pengecasan berwayar 90W, tanpa wayar 50W dan reverse wireless charging 10W. 

Sebagai perbandingan, untuk pasaran China, harga permulaan untuk Xiaomi 14 adalah pada CNY3,999 (~RM2,683), manakala model Xiaomi 14 Pro bermula harga CNY4,999 (~RM3,354).

240207 - Xiaomi 14 Global

Xiaomi 14 Pro juga mempunyai pilihan Titanium Metal Special Edition yang menampilkan bingkai logam titanium, seperti iPhone 15 dan Samsung Galaxy S24 Ultra, yang dijual pada harga CNY6,499 (~RM4360).

Jadi adakah Xiaomi akan membawa masuk spesifikasi yang sama untuk pasaran global dan juga melancarkan Xiaomi 14 Ultra? Sama-samalah kita tunggu 25 Februari nanti ya.

[Sumber: Gadgets 360, Lei Jun, Xiaomi] 

Bacaan berkaitan:

  • Redmi Note 13 Malaysia: Hampa kerana harga naik, spesifikasi sama
  • Redmi Note 13 5G Malaysia : Sedikit turun taraf demi sambungan generasi baharu
  • Redmi Note 13 Pro+ 5G Malaysia: Telefon IP68 pertama jenama itu pada harga bermula RM1,599
Tags: leicaxiaomiXiaomi 14Xiaomi 14 ProXiaomi 14 Ultra
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240207 - Xiaomi 14 Global

Siri Xiaomi 14 masuk pasaran global hujung Februari, dijangka lancarkan model baharu

7 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER