• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Haier

Penyaman udara pintar Haier, udara lebih sihat tanpa virus

  • OLEH Penaja
  • 11:52 am
  • 09/02/2024
  • Komen
240209 Haier penghawa dingin
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Haier]

Dengan cuaca panas ditambah bahang matahari yang terik, pastinya amat melegakan jika dapat menikmati udara sejuk dan nyaman sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam rumah, betul tak?

Namun ia tak seindah yang dibayangkan. Ini kerana biasanya anda perlu sampai ke rumah terlebih dahulu untuk menghidupkan penyaman udara dan ada kalanya ia memakan masa sebelum ruang di rumah menjadi sejuk dan nyaman.

Haier Penyaman udara

Semua itu tidak lagi menjadi masalah buat anda dengan penyaman udara rumah Haier, siri UV Cool Premium (VXA) dan UV Cool Smart (VRA). Malah, penyaman udara siri VXA berkelas flagship didatangkan dalam pilihan warna hitam, sesuai buat anda yang gemarkan gaya elegan!

Pendingin hawa pintar Haier, kawalan di tangan anda

Siri VXA dan VRA merupakan penyaman udara yang dilengkapi modul Wi-Fi terbina dalam. Ia membolehkan anda mengawal penyaman udara dengan aplikasi Haismart terus daripada peranti pada bila-bila masa.

Ini bermakna anda boleh menghidupkan penyaman udara sebelum anda tiba di rumah. Bukan itu sahaja, melalui aplikasi Haismart juga anda boleh mengawal suhu, memantau penggunaan tenaga serta kawalan senario seperti untuk mod tidur, mod bangun tidur atau pun mod menonton filem.

Ada juga ciri peringatan pintar yang akan menghantar notifikasi jika penggunaan penyaman udara di rumah anda mencecah tempoh masa 240 jam atau 360 jam.

Udara nyaman tanpa virus dan bakteria

Sebagai penyedia penyelesaian udara pintar dan sihat, siri penyaman udara rumah keluaran Haier berbeza dengan produk sedia ada lain di pasaran. Ia bukan sahaja mempunyai fungsi pintar tetapi juga dilengkapi dengan teknologi pensterilan Ultraviolet-C (UVC).

Haier Penyaman udara

Dengan adanya teknologi pensterilan UVC, ia membantu menyamankan udara dengan mengeluarkan sinaran UVC serta menjana ion positif dan negatif yang menghalang virus, bakteria dan zarah berbahaya di udara.

Teknologi penstrilan UVC Haier itu menerima penarafan daripada Texcell, dengan kadar keberkesanan sebanyak 99.991% dalam menghalang SARS-Cov-2. Ia juga diiktiraf SGS dengan keupayaan menyingkirkan 99% virus. 

Haier Penghawa dingin

Fungsi Smart Clean pula akan menanggalkan kotoran dalam penyaman udara bagi memastikan udara yang keluar dari penghawa dingin sentiasa sihat untuk anda.

Dengan kelebihan teknologi pensterilan UVC menjadikan persekitaran dalam rumah lebih sihat untuk keluarga tersayang dan mengurangkan risiko mereka terdedah kepada jangkitan virus dan bakteria berbahaya!

Berminat untuk mendapatkannya? Jangan berlengah lagi, kunjungi pengedar sah Haier berdekatan anda sekarang.

Hadiah percuma akan diberikan bagi setiap pembelian penyaman udara Haier terpilih dari 10 Mac hingga 31 Mei 2024. Anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik berjumlah sehingga RM100,000, jika membeli sebarang produk Haier bernilai RM1,999 dalam satu resit (bergantung pada terma & syarat).

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai penyaman udara Haier siri VXA dan VRA, anda boleh layari laman web Haier. Anda juga boleh mengikuti akaun sosial rasmi Haier di Facebook.

Tags: haierHaier UV Cool PremiumHaier UV Cool Smartpenajapenyaman udara
Penaja

Penaja

POPULAR

240209 Haier penghawa dingin

Penyaman udara pintar Haier, udara lebih sihat tanpa virus

9 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER