• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada pilihan bebas iklan lain, YouTube Premium berjaya capai 100 juta langganan

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:44 pm
  • 13/02/2024
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Biar betul 100 juta orang rela bayar YouTube Premium? Itulah tajuk artikel daripada CNBC Indonesia, “Taktik Google Berhasil, 100 Juta Orang Rela Bayar YouTube Premium”.

Daripada artikel tersebut menyatakan bahawa taktik Google menghalang pengguna menonton video di platform YouTube jika menggunakan penyekat iklan atau ad blocker berjaya membuatkan pengguna melanggan YouTube Premium yang bebas iklan.



Melanggan YouTube Premium

Tetapi kenapa orang rela membayar untuk melanggan YouTube Premium? Ini kerana iklan yang disiarkan untuk setiap tonton video sangat melampau dan asyik keluar notis. Malah ada kalanya sebab iklan yang terlalu kerap menyebabkan wujud rasa menyampah nak menonton video di YouTube.

YouTube Premium merupakan satu-satunya cara untuk membolehkan anda menonton video bebas iklan. Jika anda ingin menggunakan penyekat iklan, YouTube akan memperlahankan keseluruhan laman webnya.



Jadi sekiranya anda mengalami masalah YouTube lambat dan menggunakan penyekat iklan, maka cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan melanggan YouTube Premium.

100 juta langganan YouTube Premium termasuk percubaan

Walau bagaimanapun berdasarkan laporan YouTube, jumlah 100 juta langganan YouTube tersebut adalah termasuk langganan percubaan. Ini bermakna, pengguna berbayar yang melanggan YouTube Premium adalah kurang daripada jumlah 100 juta yang dinyatakan.

Langganan untuk YouTube merupakan penjana hasil utama untuk perkhidmatan langganan Google, yang mencecah hasil USD15 bilion termasuk YouTube TV dan Google One pada 2023.

Perkhidmatan berbayar tanpa iklan YouTube Premium sudah dilancarkan lebih kurang sembilan tahun lepas, sebelum ia memutuskan untuk membahagikan YouTube Red kepada YouTube Premium dan YouTube Music Premium yang tersedia di lebih 100 negara dan wilayah.

240213 YouTube 100 Juta Langganan
YouTube Music Premium

Walau bagaimanapun, dengan gabungan 100 juta pelanggan, jumlah YouTube masih ketinggalan berbanding Netflix (260.8 juta pelanggan) dan Spotify (226 juta pelanggan berbayar).

Langgan YouTube Premium 

Sekiranya anda berminat untuk melanggan YouTube Premium, ia boleh dilanggan dari RM17.90/bulan untuk individu, RM33.90/bulan bagi keluarga atau 6 akaun. Bagi pelajar pula, boleh melanggan pada harga RM10.90/bulan.

Harga langganan YouTube Premium di Malaysia

Selain mendapat tontonan tanpa iklan, pengguna akaun Premium turut akan menikmati kelebihan YouTube Music dengan ciri seperti pemain di latar, pemain sambil skrin terpadam serta pemain di luar talian.

240213 YouTube 100 Juta Langganan
Harga langganan YouTube Music Premium di Malaysia

Namun jika anda hanya berminat untuk melanggan YouTube Music Premium, ia boleh dilanggan dari RM17.90/bulan untuk individu, RM22.90/bulan bagi keluarga atau 6 akaun dan untuk RM6.90/bulan bagi pelajar.

[Sumber: YouTube, The Verge]

Bacaan berkaitan:

  • Pemalam ini punca pengalaman YouTube anda perlahan
  • YouTube perlahan sebab ad blocker, ada pilihan atasinya
  • YouTube Playables ada banyak game, pengguna Malaysia boleh uji sekarang
Tags: YouTubeYouTube Music PremiumYouTube Premium
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Tiada pilihan bebas iklan lain, YouTube Premium berjaya capai 100 juta langganan

13 February 2024
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN