• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Melaka sasar tambah 350 pengecas EV menjelang 2025

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:17 am
  • 20/02/2024
  • Komen
240220 Melaka 350 Pengecasan EV
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Melaka menyasarkan menambah sebanyak 350 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) di negeri itu menjelang 2025. Ia selaras dengan Garis Panduan Perancangan EVCB yang ditetapkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf, setakat ini terdapat 118 pengecas EV arus terus (DC) dan arus ulang-alik (AC) di 40 lokasi seluruh Melaka, khususnya di kawasan bandar.



“Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif ini dan akan mengguna pakai Garis Panduan Perancangan EVCB bagi semua permohonan pembangunan stesen pengecasan EV di negeri ini.”

240220 Melaka 350 Pengecasan EV
Dari kiri: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf dan Ketua Pegawai Eksekutif EVPower, Cornelius Ee. (Sumber: Melaka TV)

“Justeru, saya mahu Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) bertindak segera dalam memastikan peranan dan fungsi sebagai peneraju utama pembangunan teknologi hijau negeri Melaka,” ujar beliau selepas melancarkan Hab Pengecasan di Concept Hotel oleh EVPower Sdn Bhd.



Kawasan tumpuan di bandar Melaka

Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Mohd Hafizam Mustafa berkata, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi baharu pemasangan EVCB di sekitar kawasan tumpuan awam di sekitar bandar Melaka.

Tambah beliau lagi, PTHM juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta syarikat pemasangan tapak pengecasan EV di negara ini untuk mencapai sasaran 350 EVCB menjelang 2025.

“Kita ada garis panduan untuk pembinaan stesen pengecasan EV berikutan ia berkaitan isu keselamatan kerana melibatkan penggunaan arus yang tinggi terutamanya bagi pengecas jenis DC”.

Dalam masa sama, kerajaan negeri Melaka turut akan mewujudkan kawasan Zon Bebas Kenderaan khas bagi EV di negeri itu. Namun pelaksanaan inisiatif tersebut bergantung kepada perkembangan penggunaan EV pada masa hadapan.

[Sumber: Bernama]

Bacaan berkaitan:

  • 10,000 pengecas EV menjelang 2025 sukar dicapai akibat proses lambat dan libat banyak pihak
  • Gentari aktifkan 10 pengecas EV di Paradigm Mall Petaling Jaya
  • Belanjawan 2024: Pelepasan cukai RM2,500 untuk pengecas EV dilanjut kepada 4 tahun
Tags: EVEVCBkenderaan elektrikPengecas EVPengecasan EV
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
240220 Melaka 350 Pengecasan EV

Melaka sasar tambah 350 pengecas EV menjelang 2025

20 February 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN