• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda perlu cuba Nvidia app beta, ia ada AI Freestyle Filter

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:30 am
  • 26/02/2024
  • Komen
Anda perlu cuba Nvidia app beta, ia ada AI Freestyle Filter
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pengguna kad grafik Nvidia, pengeluar produk itu sedang dalam usaha untuk mengintegrasikan aplikasi seperti Nvidia Control Panel, Geforce Experience, dan RTX Experience dalam satu solusi. Aplikasi itu adalah Nvidia app dan versi betanya sudahpun boleh digunakan sekarang.

Antara yang bakal anda temuikan dalam Nvidia app adalah seperti pusat kawalan GPU yang dihimpunkan bersama. Anda boleh ubah tetapan grafik mengikut aplikasi ataupun arahkan aplikasi untuk gunakan tetapan global. Nvidia juga memperkemas halaman maklumat driver supaya anda boleh dapatkan info berkaitan driver baharu GPU anda dan meneliti apakah perubahan yang dibawakan versi demi versi.



Overlay dalam permainan juga telah menerima perubahan menyeluruh. Seperti biasa, kombinasi butang “Alt + Z” digunakan untk lancarkan Shadowplay, Nvidia Highlights, mod foto, dan pemantauan prestasi. Ciri pemantau prestasi berguna sekiranya anda ingin melihatat statistik-statistik penting seperti kadar bingkai dan paras penggunaan CPU serta GPU untuk tujuan tanda aras. Sebelum terlupa, Shadowplay kini menyokong rakaman sehingga 120fps.

Nvidia juga perkenalkan satu ciri baharu iaitu AI Freestyle Filter. Ia adalah ciri filter masa nyata yang boleh dikenakan sewaktu anda bermain permainan video. Ia diperkasa AI dan dikendalikan oleh teras Tensor GPU anda. Ciri ini tidak menambah baik prestasi sebaliknya sebagai estetik untuk berikan pengalaman bermain yang lebih seronok. AI Freestyle Filter disokong lebih 1,200 permainan.



Dalam banyak-banyak ciri dibawa daripada aplikasi-aplikasi sebelum ini, tak semua ciri akan diintegrasikan ke dalam Nvidia app. Contohnya, ciri livestream dan perkongsian imej terus kepada platform seperti Facebook, Twitch, dan YouTube akan dihentikan bagi memperkecilkan fail pemasangan disamping mempertingkat kelicinan aplikasi tersebut.

Buat yang berminat, anda boleh muat turun Nvidia app (beta) di pautan ini.

Sumber: Nvidia

Bacaan berkaitan

Pengguna siri RTX 30 boleh pasang ciri seakan ChatGPT dalam komputer masing-masing

Nvidia senyap-senyap lancar RTX3050 6GB, harga bawah RM1,000?

Versi beta NVIDIA RTX Remix kini tersedia, boleh tingkatkan grafik pada permainan klasik

Tags: Nvidianvidia app
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Anda perlu cuba Nvidia app beta, ia ada AI Freestyle Filter

Anda perlu cuba Nvidia app beta, ia ada AI Freestyle Filter

26 February 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER