• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan beli Galaxy S24 hanya kerana fungsi AI, ini sebabnya

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:13 pm
  • 26/02/2024
  • Komen
Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan akan menambah ciri-ciri Galaxy AI pada telefon pintar dan tablet lama keluaran mereka. Ia akan tersedia dalam kemas kini One UI 6.1 yang akan dilancarkan pada hujung Mac untuk siri telefon pintar dan tablet seperti:

  • Siri Galaxy S23 (S23, S23+, S23 Ultra, S23 FE)
  • Galaxy Z Flip 5
  • Galaxy Z Fold 5
  • Galaxy Tab S9
240226 Samsung One UI 6.1 Galaxy AI

Melalui kemas kini itu, bermakna Samsung akan menaik taraf pengalaman AI di telefon menggunakan pendekatan hibrid, yang menggabungkan AI terus pada peranti (on-device) dan juga AI berasaskan awan.



Senarai fungsi AI dalam kemas kini One UI 6.1

Kemas kini One UI 6.1 menampilkan pelbagai ciri baharu kepada peranti yang disenaraikan seperti:

  • Browsing Assist
  • Chat Assist
  • Circle to Search 
  • Generative Edit
  • Instant Slow-Mo
  • Interpreter
  • Live Translate
  • Note Assist
  • Transcript Assist

Ciri Browsing Assist, membolehkan pengguna membuat rumusan artikel atau laman web. Namun ia hanya berfungsi dengan pelayar web Samsung Internet. 



240226 Samsung One UI 6.1 Galaxy AI
Ciri Interpreter

Fungsi Live Translate akan menterjemah bahasa semasa panggilan telefon, penghantaran mesej dalam 13 bahasa dengan Chat Assist. Ciri Interpreter pula akan menukar perbualan ke bahasa lain dan membolehkan pengguna mendengarnya dalam bahasa pilihan mereka. Semua terjemahan itu dilakukan dalam masa nyata.

Ciri Circle to Search

Dengan ciri Circle to Search, pengguna boleh melukis sendiri parameter pada skrin untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai carian secara atas talian.

Dengan Generative Edit, pengguna boleh mengubah saiz, kedudukan atau susunan objek dalam gambar. Manakala fungsi Instant Slow-mo membolehkan penukaran video biasa kepada video gerakan perlahan dengan mudah.

240226 Samsung One UI 6.1 Galaxy AI
Ciri Transcript Assist 

Ciri Note Assist membantu pengguna membuat ringkasan dari teks di Samsung Notes. Sementara fungsi Transcript Assist pula akan menterjemah rakaman menjadi ringkasan teks yang lebih mudah difahami.

Memeriksa kemas kini One UI 6.1

Dengan pengumuman yang dibuat Samsung, peranti Galaxy lama akan menerima semua ciri Galaxy AI yang sebelum ini hanya ditawarkan pada siri Galaxy S24 sahaja. Jadi kalau anda pakai model yang akan dapat Galaxy AI, buat apa nak tukar telefon semata-mata AI, cuma kena kemas kini aje nanti.

Jika anda merupakan salah seorang pemilik siri Galaxy S23 (S23, S23+, S23 Ultra, S23 FE), Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5 atau Galaxy Tab S9, lakukan langkah berikut untuk menyemak sama ada kemas kini One UI 6.1 tersedia untuk peranti anda atau belum:

  1. Pergi ke bahagian ‘Settings’ peranti
  2. Klik pada ‘Software Update’
  3. Pilih ‘Download and install’

Jika kemas kini sudah tersedia untuk peranti anda, anda akan melihat pilihan untuk muat turun dan memulakan proses kemas kini.

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk memahami lebih lanjut mengenai fungsi AI yang dibawakan Galaxy AI:

[Sumber: Samsung] 

Bacaan berkaitan:

  • Rasai revolusi AI dalam telefon pintar menerusi siri Samsung Galaxy S24
  • Kemas kini siri Samsung Galaxy S24, atasi masalah paparan dan kamera
  • Satu ciri ekslusif Galaxy S24 Ultra akan disebarluaskan ke Android lain Oktober 2024 ini
Tags: fungsi AIGalaxy AIGalaxy S23Galaxy S23 FEgalaxy s23 ultraGalaxy S23+Galaxy S24galaxy tab s9Galaxy Z Flip 5Galaxy Z Fold 5One UI 6.1samsung
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24

Jangan beli Galaxy S24 hanya kerana fungsi AI, ini sebabnya

26 February 2024
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER