• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[MWC 2024] Infinix dedah telefon pertama guna kipas terbina terus pada cip, dikuasakan Dimensity 9300

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:27 pm
  • 27/02/2024
  • Komen
Infinix GT 10 Pro, telefon gaming dengan rupa lutsinar dan mini LED, berharga di bawah RM1,200
Share on FacebookShare on Twitter

Di temasya MWC 2024, banyak syarikat mempamerkan produk dan inovasi terbaru mereka dan Infinix juga tidak terkecuali. Infinix telah mempamerkan telefon konsep bertaraf flagship mereka di acara ShowStoppers MWC 2024, iaitu pameran ekslusif bagi wartawan terpilih untuk syarikat menayangkan inovasi terbaru mereka.

Peroleh markah AnTuTu tertinggi setakat ini

Telefon konsep yang diperkenal Infinix ini mendukung tema ‘Electrify Gaming Future’. Ini bermakna telefon ini akan memfokuskan pada bahagian prestasi dan terutamanya untuk gaming. Infinix mendedahkan telefon ini peroleh markah yang mengagumkan dalam ujian penanda aras AnTuTu, dengan memperoleh sebanyak 2,215,639 markah.



Sebagai perspektif, ini adalah markah yang tertinggi direkod bagi ujian penanda aras AnTuTu. Ia malah melangkaui apa yang diperoleh Red Magic 9 Pro diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 yang menduduki tempat pertama dengan markah 2,096,559.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9300

Selain itu, Infinix turut mendedahkan sedikit maklumat berkenaan spesifkasi telefon flagship mereka akan datang ini. Prestasi menakjubkan di AnTuTu itu dapat dicapai disebabkan ia diperkasa cip flagship MediaTek Dimensity 9300. Untuk pengetahuan anda, ini cip yang sama terdapat pada telefon Vivo X100 Pro tetapi telefon flagship Vivo itu tidak dapat menyamai prestasi yang ditawar telefon konsep yang ditayang Infinix.



Bukan itu sahaja, Infinix memaklumkan telefon yang ditunjukkan mereka telah dipertingkatkan dengan kecerdasan buatan (AI). Lebih menarik, bersama cip itu, telefon Infinix ini juga berintegrasi dengan teknologi penyejukan CoolMax baharu bersama dengan platform pengurusan yang dikuasakan AI.

Telefon ini juga dikatakan Infinix dapat menawarkan pengalaman gaming sangat imersif kerana mempunyai skrin berkadar segar semula pantas sehingga 180Hz untuk skrin beresolusi FHD+, dan 144Hz untuk skrin WQHD+. Untuk mencapai skrin sehebat ini, Infinix memberitahu mereka bekerjasama dengan Pixelworks pada bahagian pemproses visualnya.

Sistem penyejuk CoolMax pertama dalam industri

Sistem penyejukan CoolMax baharu yang disebutkan tadi juga adalah yang pertama seumpamanya. Ini kerana, ia menggabungkan penggunaan kipas dan komponen ‘Thermal-Electic Cooling’ (TEC) terus pada cip untuk menyejuk dan mengeluarkan haba dengan efisien. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan haba sebanyak 10 darjah Celsius tanpa mengkompromi kecekapan keseluruhan sistem.

Di samping itu, algoritma AI Infinix pula melaraskan penggunaan teras cip secara dinamik berdasarkan situasi. Pengoptimuman berasaskan AI ini memastikan cip beroperasi pada tahap optimum dan bukannya maksimum bagi meminimumkan haba yang terhasil disamping menjimatkan tenaga.

Dalam masa sama, Infinix turut mengatakan telefon yang menggunakan semua teknologi ini akan dilancarkan dalam tahun 2024, walaupun tidak menyatakan bila. Menurut Infinix, ia adalah telefon flagship dwi-teras pertama yang pernah dihasilkan. Dwi-teras itu merujuk kepada penggunaan cip Dimensity 9300 dan juga sebuah lagi cip khusus untuk grafik.

Jika dilancarkan kelak, oleh kerana telefon ini difokuskan untuk gaming, ia mungkin berada dalam siri Infinix GT. Berdasarkan apa yang dikatakan dalam talian, telefon yang akan dilancarkan ini diberi nama Infinix GT Ultra.

Bacaan berkaitan

  • Infinix Hot 40 Pro dan Hot 40i dilancar, harga lebih mahal dengan storan besar
  • Infinix Hot 40i dan Hot 40 Pro akan dilancar bersama edisi terhad Free Fire, ada kipas penyejuk
  • Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia
Tags: InfinixInfinix GT UltraInfinix Malaysiamwc 2024telefon
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Infinix GT 10 Pro, telefon gaming dengan rupa lutsinar dan mini LED, berharga di bawah RM1,200

[MWC 2024] Infinix dedah telefon pertama guna kipas terbina terus pada cip, dikuasakan Dimensity 9300

27 February 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER