• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung kuasai stesen MRT terbesar, TRX penuh paparan Galaxy S24

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:33 pm
  • 29/02/2024
  • Komen
240229 MRT TRX Samsung Galaxy
Share on FacebookShare on Twitter

Bayangkan anda ingin ke Apple Store di TRX tapi perlu singgah di stesen TRX Samsung Galaxy terlebih dahulu apabila menaiki MRT. Itulah situasinya selepas Samsung Malaysia bekerjasama dengan MRT Corp untuk menjenamakan semula Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) kepada TRX Samsung Galaxy.

Stesen TRX Samsung Galaxy yang terletak di MRT Laluan Kajang merupakan stesen pertukaran terbesar di antara Stesen TRX dan Laluan Putrajaya. Para penumpang yang tiba dan berlepas dari Stesen TRX Samsung Galaxy akan disambut dengan paparan siri Galaxy S24 pada setiap sudut.



240229 MRT TRX Samsung Galaxy

Pada setiap tingkat stesen MRT itu terdapat reruai Samsung, di mana pengunjung boleh menguji kehebatan Galaxy AI yang ditawarkan pada siri Galaxy S24 seperti:

  • Browsing Assist
  • Chat Assist
  • Circle to Search with Google
  • Generative Edit
  • Instant Slow-Mo
  • Interpreter
  • Live Translate
  • Note Assist
  • Transcript Assist

Antara fungsi yang menarik untuk anda cuba adalah Circle to Search with Google. Anda boleh membuat carian secara atas talian dengan melukis sendiri paramater pada skrin. Ada juga Fungsi Live Translate akan menterjemah bahasa semasa panggilan telefon, penghantaran mesej dalam 13 bahasa dengan Chat Assist.



Tebus Touch n Go eWallet di TRX Samsung Galaxy

Sempena pelancaran tersebut, semua pengguna Samsung Galaxy boleh menebus kredit TNG eWallet bernilai RM5 secara percuma di Samsung Experience Store di The Exchange TRX dari 29 Februari hingga 17 Mac 2024.

Anda hanya perlu melakukan tiga langkah berikut:

  1. Komen “I want a FREE Galaxy Ride! #GalaxyAI #GalaxyS24 pada hantaran di Facebook Samsung Malaysia.
  2. Scan kod QR untuk penebusan baucar di aplikasi Samsung Member.
  3. Tebus kredit RM5 TNG daripada kakitangan Samsung di Samsung Experience Store, The Exchange TRX.

Bagi anda yang memiliki peranti Samsung, bolehlah datang ke stesen MRT TRX Samsung Galaxy dan tebus kredit RM5 TNG eWallet sementara masih ada stok.

240229 MRT TRX Samsung Galaxy
240229 MRT TRX Samsung Galaxy
240229 MRT TRX Samsung Galaxy

Harga Galaxy S24 & tawaran eksklusif

Bagi yang berminat untuk mendapat telefon pintar Samsung Galaxy S24, ia boleh dimiliki pada harga berikut: 

  • Galaxy S24 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,099
  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM4,899
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM6,299
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM7,299

Terdapat beberapa tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,650 menanti anda dari sekarang sehingga 14 Mac 2024, seperti:

  • eBaucar RM500
  • Program tukar beli yang menawarkan diskaun sehingga RM650
  • 45% diskaun untuk Samsung Care+ dan aksesori terpilih

Jika berminat dengan tawaran Samsung Galaxy S24 terbaru ini, segera dapatkan di laman web Samsung Malaysia.

Bacaan berkaitan:

  • [MWC 2024] Samsung dedah rupa Galaxy Ring, akan ada fungsi penjejakan tidur
  • Kenapa Samsung “downgrade” kamera telefoto Galaxy S24 Ultra?
  • Jangan beli Galaxy S24 hanya kerana fungsi AI, ini sebabnya
Tags: MRT TRXMRT TRX Samsung Galaxysamsungsamsung malaysiaStesen MRT Samsung GalaxyTRX
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
240229 MRT TRX Samsung Galaxy

Samsung kuasai stesen MRT terbesar, TRX penuh paparan Galaxy S24

29 February 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER