• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG perkenal program Rent-Up bolehkan anda sewa peralatan rumah macam Coway

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:39 pm
  • 06/03/2024
  • Komen
LG perkenal program Rent-Up bolehkan anda sewa peralatan rumah macam Coway
Share on FacebookShare on Twitter

LG Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan program terbaru membolehkan pengguna untuk menyewa peralatan rumah, dikenali sebagai LG Rent-Up. Program ini dilihat akan menawarkan fleksibiliti dan kemudahan kepada pengguna untuk memiliki dan mengakses peralatan rumah pintar terkini LG pada harga lebih berpatutan.

Produk yang ditawarkan di program LG Rent-Up

Ia merupakan konsep yang sama digunakan oleh Coway dengan mengenakan ansuran bulanan untuk memiliki produk, berbanding anda perlu mengeluarkan kos pendahuluan yang tinggi. Terdapat sebanyak sembilan produk yang ditawarkan program ini. Ia termasuk seperti produk penulen air dan udara, pendingin udara, mesin basuh, peti sejuk dan TV.



Untuk memiliki produk, LG menawarkan tempoh sewaan minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun, bergantung pada produk yang dipilih. Selain itu, LG juga memberikan pakej perkhidmatan komprehensif yang merangkumi servis layan diri dan lawatan berkala daripada juruteknik LG, disamping produk boleh diserasikan penggunaannya bersama aplikasi ThinQ.

Pakej perkhidmatan yang disediakan

Tetapi yang menariknya, produk servis layan diri bagi penulen air terpilih, LG akan menyediakan penghantaran alat gantian penapis air terus ke rumah setiap enam bulan. Sementara itu, untuk pendingin udara pula, LG memaklumkan yang mereka akan memberikan perkhidmatan penyelenggaraan setiap enam bulan ataupun 12 bulan.



Dalam pada itu, kelebihan program Rent-Up ini lagi adalah, LG akan menyediakan khidmat penghantaran dan pemasangan percuma kepada pembeli. Terdapat juga jaminan waranti sepanjang tempoh penyewaan. Jika tempoh penyewaan telah tamat, pengguna boleh memilih sama ada mahu simpan atau naik taraf kepada produk sewaan LG yang lebih baharu.

Tersedia didapatkan di seluruh Malaysia, ada promosi terhad

Jika anda berminat, perkhidmatan sewaan LG Rent-Up ini tersedia untuk didapatkan oleh pengguna di Malaysia di laman web Rent-Up. Lebih menarik, buat masa terhad, LG juga menawarkan hadiah percuma berupa set kutleri bernilai RM250 jika menyewa satu produk penulen air dan satu lagi mana-mana produk sewaan dalam kategori lain. Promosi ini akan berjalan dari sekarang hingga 30 April.

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga dan senarai penuh produk yang disediakan, anda boleh layari laman produk LG Rent-Up.

Bacaan berkaitan

  • LG bawakan Apple AirPlay ke TV hotel, hanya scan kod QR
  • Sebilangan TV LG akan terima naik taraf webOS 2024, ini senarainya
  • LG lancar MyView Smart Monitor 27”, hadir dengan WebOS 23 dan fungsi ThinQ
Tags: lglg malaysiaLG Rent-UpRent-Upthinq
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
LG perkenal program Rent-Up bolehkan anda sewa peralatan rumah macam Coway

LG perkenal program Rent-Up bolehkan anda sewa peralatan rumah macam Coway

6 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER