• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony umum PS5 Slim Genshin Impact, harga sama tapi ada bonus digital dan sarung kotak khas

  • OLEH Najib
  • 7:44 pm
  • 07/03/2024
  • Komen
Sony umum PS5 Slim Genshin Impact, harga sama tapi ada bonus digital dan sarung kotak khas
Share on FacebookShare on Twitter

Anda peminat permainan Genshin Impact dan sedang bercadang membeli konsol Sony Playstation 5 (PS5)? Sony kini telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan PS5 digandingkan bersama Genshin Impact. Ia jauh berbeza dengan edisi khas PS5 sebelum ini, kerana tiada perkara fizikal tentang Genshin Impact pada konsol ini, selain sarung kotak.

Menurut Sony, PS5 Genshin Impact ini akan dijual di Singapura mulai hari ini, 7 Mac 2024. Manakala Indonesia, Thailand dan Malaysia, ia akan dijual pada 10 April 2024. Harga jualan tempatan adalah seperti berikut:



  • Malaysia – RM2,499
  • Singapura – SGD799
  • Indonesia – IDR9,699,000
  • Thailand – THB18,690

Pakej PS5 Genshin Impact

Pembeli yang mendapatkan gabungan PS5 Genshin Impact ini akan menerima konsol PS5 versi Disc serta satu unik alat kawalan DualSense. Apa yang membezakan dari edisi biasa adalah kotak PS5 ini disarung dengan watak Genshin Impact yang diminat ramai, berasal dari Fontaine. Antaranya Furina, Neuvillette, Navia, Lyney, Lynette, Freminet, dan tidak dilupakan adalah Paimon bersama the Traveler sendiri.

Lebih penting lagi, pembeli PS5 Genshin Impact akan mendapat kod baucar yang boleh ditebus dan mendapat bonus dalam permainan bagi meningkatkan pengalaman menjelajah dunia Teyvat iaitu:



  • 1x Outfit Option Bundle (kostum watak)​
  • 1x Festive Namecard (rekaan untuk profail pengguna)​
  • 800 Primogems (matawang premium dalam permainan)​
  • 10x Hero’s Wit (peralatan naik taraf watak)​
  • 100K Mora (matawang dalam permainan)

Untuk pemilihan kostum watak, pengguna boleh memilih hanya satu watak. Pilihan konstum yang disediakan adalah:

  • Ganyu [Twilight Blossom]
  • Shenhe [Frostflower Dew]
  • Klee [Blossoming Starlight]
  • Kamisato Ayaka [Springbloom Missive]
  • Keqing [Opulent Splendor]
  • Jean [Sea Breeze Dandelion]
  • Ningguang [Orchid’s Evening Gown]
  • Barbara [Summertime Sparkle]
  • Kaeya [Sailwind Shadow]
  • Lisa [A Sobriquet Under Shade]
  • Fischl [Ein Immernachtstraum]

Untuk menebus baucar dari pembelian ini, pengguna perlu memiliki akaun PlayStation Network dan sambungan internet.

Adakah anda akan mendapatkan konsol PS5 Genshin Impact ini? Ia sebenarnya tawaran yang menarik jika anda pemain tegar Genshin Impact. Ini kerana harga konsol ini sama seperti edisi biasa, tetapi pembeli akan mendapat bonus dalam permainan.

[Sumber: Sony Playstation]

Bacaan Berkaitan

  • Peminat di Malaysia boleh mula tempah PlayStation 5 Slim, harga bermula RM2,069
  • PS5 model baharu harga sama dengan yang lama, bermula RM2,069
  • PS5 dikemas kini dengan pemacu Blu-ray boleh tanggal dan storan 1TB
Tags: Genshin Impactplaystation 5Sonysony playstation 5sony ps5
Najib

Najib

POPULAR

Sony umum PS5 Slim Genshin Impact, harga sama tapi ada bonus digital dan sarung kotak khas

Sony umum PS5 Slim Genshin Impact, harga sama tapi ada bonus digital dan sarung kotak khas

7 March 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN