• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rangkaian 5G kedua ditangguh, tunggu DNB tubuh lembaga pengarah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:26 pm
  • 13/03/2024
  • Komen
Rangkaian 5G kedua ditangguh, tunggu DNB tubuh lembaga pengarah
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia yang ingin melihat rangkaian 5G kedua nampaknya perlu menunggu lebih lama. Hal ini kerana, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa proses memulakan pembangunan rangkaian 5G kedua terpaksa ditangguhkan kerana masih menanti pembentukan lembaga pengarah Digital Nasional Berhad (DNB). Pihak kerajaan ada mengumumkan yang rangkaian kedua akan dibangunkan sejurus cakupan 5G DNB 5G mencecah 80%.

Malaysia umum berpindah ke sistem dwirangkaian 5G selepas cakupan DNB capai 80%



Penangguhan ini dikaitkan dengan perbincangan yang telah diadakan bersama pihak telco selepas perjanjian share subscription agreement (SSA) ditandatangani pada Disember 2023 lalu disamping perbincangan susulan yang berlaku sewaktu menteri berada di Barcelona. Pihak telco juga telah menghantar sepucuk surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican untuk pertimbangan pihak kerajaan.

Buat yang terlepas berita, pada 1 Disember 2023 lalu, 5 telco utama Negara telah menandatangani perjanjian untuk memegang 14% DNB. Perjanjian ini sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran pemerhati pasaran berkaitan siapa yang mengendalikan rangkaian 5G nasional. Sekurang-kurangnya dengan penyertaan telco yang arif tentang keperluan pelanggan, mereka boleh mempengaruhi hala tuju rangkaian 5G nasional berbanding DNB sahaja yang mengemudinya.



Penyertaan telco juga bermakna, lebih banyak suntikan dana ke dalam rangkaian. Dikhabarkan yang setiap telco akan melaburkan RM230 juta.

Sumber: MalayMail

Tags: 5gDNBnw2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Rangkaian 5G kedua ditangguh, tunggu DNB tubuh lembaga pengarah

Rangkaian 5G kedua ditangguh, tunggu DNB tubuh lembaga pengarah

13 March 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN