• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

5 akaun TikTok penceramah boleh diikuti, padat, ringkas dan santai

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:22 pm
  • 14/03/2024
  • Komen
240314 5 Akaun TikTok Penceramah
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut sahaja tentang TikTok, kita akan terbayang golongan muda yang menjadikannya sebagai medium untuk menunjukkan bakat tarian atau aksi lucu dengan berlatarbelakangkan muzik dari pelbagai genre.

Selain digunakan sebagai medium hiburan, aplikasi TikTok juga dijadikan tempat untuk berkongsi ilmu. Melalui platform ini, ada doktor berkongsikan mengenai ilmu perubatan dan guru yang berkongsi tentang ilmu mata pelajaran. Malah tidak kurang juga golongan agamawan yang memilih platform ini untuk berdakwah.



Sempena bulan Ramadan ini, saya akan senaraikan akaun TikTok penceramah yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan pelbagai perkongsian berkaitan ilmu agama.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui senarainya atau anda boleh membacanya di bahagian bawah.



1. Ustaz Ahmad Adnin Roslan

Seorang lagi pendakwah bebas yang turut menggunakan platform TikTok adalah Ustaz Ahmad Adnin Roslan. Beliau yang juga merupakan pengasas konsultansi Tarbiah Sentap kini mempunyai 2.3 juta pengikut di akaun TikToknya.

Berbeza dengan penceramah lain, kebanyakan video yang dimuat naik berkonsepkan soal jawab. Beliau menjawab semua soalan yang ditanyakan itu dengan cara bersantai bersama jawapan ringkas dan padat.

@adninroslan

Ada ke perempuan yang diuji dengan masalah yang sama?🥺 Dengar sampai habis dan sebarkan🙏🤲 #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru

♬ original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

Anda boleh mengikuti Ustaz Ahmad Adnin Roslan menerusi akaun TikToknya di sini.

2. Ustaz Syamsul Debat

Tidak perlu diperkenalkan lagi, rasanya ramai sudah mengenali Ustaz Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri. Beliau dikenali kerana gaya yang santai, mudah difahami dan mempunyai unsur-unsur humor dalam setiap penyampaian dakwahnya.

Ustaz Syamsul Debat yang juga merupakan personaliti TV yang terkenal dalam rancangan keagamaan, mempunyai 1.3 juta pengikut di akaun TikToknya.

@syamsuldebatofficial

TAK TERUJA SELEPAS KAHWIN

♬ original sound – Syamsuldebat – Syamsuldebat

Anda boleh mengikuti Ustaz Syamsul Debat menerusi akaun TikToknya di sini.

3. Ustazah Asma’ Harun

Kalau tadi, saya sudah perkenalkan dua orang Ustaz. Kali ini saya bawakan satu-satunya pendakwah wanita dalam senarai ini. Nama Ustazah Asma Harun bukanlah satu figura yang asing. Malah di akaun TikToknya sudah pun mempunyai 1.3 juta pengikut.

Kelebihan wanita adalah terletak pada gayanya lembut dan bagi saya itulah kekuatan pada  Ustazah Asma’. Beliau mungkin kurang menyelitkan unsur humor dalam ceramahnya, namun dengan gayanya yang lembut, beliau tetap berjaya menyampaikan ilmunya kepada pendengar. 

@ustazahasmaharun

PARA MALAIKAT MENDOAKAN ORANG YANG BERSAHUR #fyp #UAHSahabatDuniaAkhirat #ustazahasmaharun

♬ original sound – Ustazah Asma’ Harun – Ustazah Asma’ Harun

Anda boleh mengikuti Ustazah Asma’ Harun menerusi akaun TikToknya di sini.

4. Ustaz Kamilin Jamilin

Ustaz Ahmad Kamil Jamilin atau lebih dikenali sebagai Dr. Kamilin Jamilin, bukan calang-calang ustaz ya. Beliau merupakan Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis termuda, mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang hadis serta bertugas sebagai seorang pensyarah.

Di akaun TikToknya yang mempunyai lebih 368 ribu pengikut, beliau banyak mengulas mengenai isu-isu semasa yang sedang viral dan topik yang berkaitan agama. Walaupun tidak diselitkan dengan sebarang jenaka, malah tampak serius dalam setiap videonya, namun setiap penerangan yang diberikan cukup ringkas dan mudah difahami.

@drkamilinjamilin

Ini cara makan kurma yang Rasulullah ﷺ suka~ * Makan berpada-pada jangan berlebihan * Resipi ni bukanlah sunnah yang dituntut, tapi cuma sekadar “fitrah jibilliyah” Nabi ﷺ sebagai insan

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Anda boleh mengikuti Ustaz Kamilin Jamilin menerusi akaun TikToknya di sini.

5. Ustaz Elyas Ismail

Anda lebih gemar menonton video perkongsian tips dan panduan yang berkaitan agama? Saya sarankan untuk anda menonton TikTok Ustaz Elyas Ismail. Beliau merupakan antara pendakwah dan penceramah bebas aktif di TikTok yang mempunyai lebih 566 ribu pengikut.

Dalam akaun TikToknya, Ustaz Elyas dilihat lebih banyak berkongsikan tips dan panduan yang boleh dijadikan amalan seharian dalam gayanya yang bersahaja dan adakalanya diselitkan dengan gurauan.

@ustazelyasismail

Insya Allah bagi yang tengah ikhtiar dapat zuriat cuba amalkan dan bertenang dgn @CEO Tenang | WangianAnnaLegacy #fyp #ustazelyasismail #zuriat #pulauredang #ikhtiar #doa

♬ Musik Relaksasi – Formasi

Anda boleh mengikuti Ustaz Elyas Ismail menerusi akaun TikToknya di sini.

Seiring dengan kemajuan teknologi, tiada salahnya untuk menggunakan platform TikTok sebagai medium untuk berdakwah. Malah, kaedah dakwah menerusi TikTok pasti akan dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk mengikutinya.

Bacaan berkaitan:

  • TIPS: Cara tentukan arah kiblat dengan mudah guna telefon pintar (2024)
  • TIPS: 5 cara paling mudah dan cepat semak waktu berbuka puasa dan sahur (2024)
  • Zakat Fitrah 2024: Ini senarai kadar mengikut negeri dan saluran pembayaran
Tags: DakwahTikTokUstaz Ahmad Adnin RoslanUstaz Don DaniyalUstaz Elyas IsmailUstaz Syamsul DebatUstazah Asma’ Harun
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240314 5 Akaun TikTok Penceramah

5 akaun TikTok penceramah boleh diikuti, padat, ringkas dan santai

14 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER