• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple ambil alih DarwinAI. Fungsi seakan Galaxy AI pada iPhone 16?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:22 am
  • 18/03/2024
  • Komen
Apple ambil alih DarwinAI. Fungsi seakan Galaxy AI pada iPhone 16?
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dilaporkan telah mengambil alih sebuah syarikat pemula, DarwinAI. Pemerhati pasaran menganggapnya sebagai usaha mereka untuk tidak ketinggalan perlumbaan Artificial Intelligent (AI). Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak namun menurut Bloomberg, Apple telah mengambil alih segalanya daripada syarikat, harta intelek, hinggalah ke kakitangannya. Urusniaga didakwa berlaku lebih awal kerana laman rasmi DarwinAI sudah tidak beroperasi seawal 2024.

Untuk tahun 2024 ini, anda boleh jangkakan integrasi AI kedalam segenap pelosok sistem operasi iOS, iPadOS, dan MacOS daripada Siri, Shortctus, Messages, Apple Music, dan banyak lagi. Lagipun, awal Februari 2024 lalu, CEO Tim Cook mengesahkan tentang pengintegrasian AI kedalam produk mereka dalam tahun 2024 sewaktu sidang video pembentangan prestasi kewangan Apple. Beliau dikesan beberapa kali menyebut frasa “Generative AI” namun tidak berkongsikan maklumat khusus.



Samsung dengan Galaxy AI adalah salah satu kegunaan Generative AI apabila boleh membuang objek-objek yang tidak diperlukan dengan cara menjana imej baharu. Google Photo pula sudah lama ada ciri seakan itu yang ditawarkan dalam bentuk langganan Google One.

Siapakah DarwinAI?

DarwinAI adalah syarikat pemula berpengkalan di Kanada. Mereka membangunkan teknologi pengawalan mutu menggunakan AI. Mereka memanfaatkan AI untuk memeriksa papan litar (PCB) secara visual. Ia bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia dan secara langsung membasmi masalah ketiadaan kakitangan untuk melakukan kawalan mutu.



Antara kelebihan DarwinAI berbanding proses kawalan mutu menggunakan manusia adalah:

  • Proses berjalan secara automatik
  • Meminimumkan risiko ralat
  • Membuang faktor persekitaran

Dengan teknologi DarwinAI ini juga, tak mustahil Apple akan gunakannya untuk menambah baik penghasilkan iPhone mereka.

Sumber: Bloomberg

Tags: appledarwinai
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Apple ambil alih DarwinAI. Fungsi seakan Galaxy AI pada iPhone 16?

Apple ambil alih DarwinAI. Fungsi seakan Galaxy AI pada iPhone 16?

18 March 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER