• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 8s Gen 3 dilancar, kuasa flagship pada harga rahmah

  • OLEH Najib
  • 6:15 pm
  • 18/03/2024
  • Komen
Snapdragon 8s Gen 3 dilancar, kuasa flagship pada harga rahmah
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah mengumumkan cip mudah alih terbaru, Snapdragon 8s Gen 3. Walaupun namanya agak serupa dengan Snapdragon 8 Gen 3 yang paling perkara, penambahan huruf ‘s’ menandakan ia sebenarnya memiliki prestasi lebih rendah serta harga lebih murah.

Teras Serupa, Kelajuan Berbeza

Sebenarnya, cipset terbaru Qualcomm ini agak serupa dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3. Ia dihasilkan melalui proses TSMC 4nm, serta memiliki teras utama Cortex-X4. Tetapi kelajuan teras membezakan antara keduanya. Di Snapdragon 8s Gen 3, teras utama Cortex-X4 berkelajuan 3.0Ghz, lebih perlahan berbanding 3.3GHz di Snapdragon 8 Gen 3.



Selain itu, jumlah teras prestasi dan cekap tenaga juga berlainan. Snapdragon 8s Gen 3 memiliki empat-teras Cortex-A720 2.8GHz dan tiga-teras Cortex-A520 2.0GHz. Untuk Snapdragon 8 Gen 3, ia dilengkapi lima-teras Cortex-A720 2.8GHz dan dua-teras Cortex-A520 2.0GHz dengan kelajuan lebih tinggi.

Qualcomm juga mengenakan modem 5G yang lama untuk cipset baru ini iaitu Snapdragon X70 5G modem-RF, berbanding Snapdragon X75 5G modem-RF lebih baru di Snapdragon 8 Gen 3. Sokongan RAM juga lebih perlahan, hanya sehingga LPDDR5X 4200MHz berbanding 4800MHz di Snapdragon 8 Gen 3.



Selain itu, cipset baru ini menyokong rakaman video sehingga 4k HDR, tiada sokongan ‘global illumination’ di dalam game, serta pemampat video H.265 4K60 10-bit sahaja.

Fungsi Kuat Sama Hebat

Di samping perbezaan yang disebut tadi, cipset Snapdragon 8s Gen 3 memiliki ciri-ciri hebat yang serupa dengan abangnya 8 Gen 3. Antaranya, sokongan model ‘generative-AI’, enjin Qualcomm AI, dan sistem wayarles “Qualcomm FastConnect 7800 Mobile Connectivity System” untuk WiFi 7 dan Bluetooth 5.4.

Tetapi bilakah pengeluar telefon akan mula menggunakan cipset baru Qualcomm yang perkasa dan lebih murah ini? Menurut Qualcomm, antara rakan teknologi mereka yang akan menggunakan cipset ini adalah Xiaomi, Redmi, Realme, iQoo dan Honor. Peranti pertama menggunakan Snapdragon 8s Gen 3 dijangka akan dilancarkan mulai hujung bulan Mac ini.

Bacaan Berkaitan

  • Snapdragon 7 Gen 3: Naik taraf minimum di CPU tapi 60% di bahagian lain
  • Snapdragon X Elite: Cip pemproses Qualcomm paling berkuasa, kalah Apple M2 Max
  • Snapdragon 8 Gen 3: Lebih pantas 30% dan dilengkapi penjanaan AI baharu
Tags: QualcommsnapdragonSnapdragon 8s Gen 3
Najib

Najib

POPULAR

Snapdragon 8s Gen 3 dilancar, kuasa flagship pada harga rahmah

Snapdragon 8s Gen 3 dilancar, kuasa flagship pada harga rahmah

18 March 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN