• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Galaxy A35 dan A55 diumum lebih tinggi, jaminan 2-tahun untuk pembeli terawal

  • OLEH Najib
  • 11:20 am
  • 19/03/2024
  • Komen
Harga Galaxy A35 dan A55 diumum lebih tinggi, jaminan 2-tahun untuk pembeli terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini telah mengumumkan harga rasmi untuk Galaxy A35 dan Galaxy A55. Kedua-dua telefon ini sudah dilancar di peringkat antarabangsa minggu lepas, menampilkan rekaan yang serupa dengan saiz badan yang sama.

Harga Galaxy A35 dan Galaxy A55

Sebelum ini, Samsung telah menyatakan bahawa Galaxy A35 dan Galaxy A55 akan dijual di Malaysia mulai 22 Mac 2024. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:



  • Galaxy A35 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,699
  • Galaxy A55 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,999
sumber

Ini adalah peningkatan harga sebanyak RM100 untuk kedua-dua model, berbanding model sebelumnya. Galaxy A34 ketika dilancar tahun lepas berharga RM1,599 manakala Galaxy A54 pula RM1,899.

Promosi Pembelian Awal

Walaupun Galaxy A35 dan Galaxy A55 akan dijual di Malaysia mulai Jumaat ini, Samsung Malaysia menyatakan ada pengedar dan syarikat telekomunikasi terpilih akan menawarkan telefon baru ini mulai hari ini, 19 Mac 2024. Selain itu, pembeli terawal juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM828.



Untuk pembeli terawal Galaxy A35, akan menerima hadiah percuma berupa:

  • 2-tahun Samsung Care+ bernilai RM459 (meliputi jaminan kemalangan dan kerosakan akibat cecair selama 2 tahun, dan jaminan lanjutan 1 tahun)
  • Diskaun sehingga 30% untuk pembelian atas pembelian terpilih (seperti Galaxy Fit 3 dan aksesori Samsung)

Bagi Galaxy A55 pula, pembeli terawal akan diberi hadiah percuma berupa:

  • Galaxy Buds FE bernilai RM399
  • Jaminan Lanjutan Tahun ke-2
  • Diskaun sehingga 30% untuk pembelian atas pembelian terpilih (seperti Galaxy Fit 3 dan aksesori Samsung)

Hadiah percuma ini diberikan kepada pembeli sehingga 30 April 2024, atau selagi stok masih ada.

Spesifikasi Galaxy A35 dan Galaxy A55

Samsung mengekalkan ciri kalis air IP67 pada Galaxy A35 dan Galaxy A55. Selain itu, kedua-dua telefon ini datang siap dengan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14, serta dijamin akan menerima kemaskini OS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan 5 tahun. Samsung turut mewar-warkan fungsi keselamatan Knox Vault yang terdapat di telefon ini.

Kalis air IP67 dan Knox Vault di Galaxy A35 dan Galaxy A55

Galaxy A35 dikuasakan cip Exynos 1380, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia memiliki skrin Super AMOLED seluas 6.6-inci HD Penuh 120Hz, dengan lubang kecil di dahi memuatkan kamera hadapan 13MP. Di belakang, ia dipasang tiga kamera dengan kamera utama 50MP OIS.

Galaxy A35

Bateri masih berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan 25W sahaja. Terdapat tiga warna Galaxy A35 ditawarkan di Malaysia kelak iaitu Awesome Lilac, Awesome Navy, dan Awesome Iceblue.

Galaxy A55 pula menggunakan cip lebih baru, Exynos 1480 bersama RAM 12GB dan storan 256GB. Ia juga dipasang skrin Super AMOLED 6.6-inci HD Penuh 120Hz di hadapan. Kamera hadapannya 32MP manakala di belakang ia menggandingkan tiga kamera iaitu kamera utama 50MP OIS, kamera ultralebar 12MP dan kamera makro 5MP.

Galaxy A55

Bingkai badan Galaxy A55 kini diperbuat daripada besi dan belakangnya dilapisi kaca. Baterinya juga 5,000mAh dengan sokongan pengecas 25W. Tiga warna ditawarkan untuk Galaxy A55 di Malaysia iaitu Awesome Iceblue, Awesome Navy, dan Awesome Lilac.

Untuk maklumat lanjut tentang telefon baru ini, layari laman web Samsung Galaxy A35 dan Galaxy A55.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A55 kini ada bingkai besi, cip Exynos dan GPU AMD RDNA2
  • Samsung Galaxy A35, mirip Galaxy A55 dengan prestasi dan kamera lebih rendah
  • Galaxy A54 dan Galaxy A34: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: galaxy a35galaxy a55samsungSamsung Galaxy A35Samsung Galaxy A55
Najib

Najib

POPULAR

Harga Galaxy A35 dan A55 diumum lebih tinggi, jaminan 2-tahun untuk pembeli terawal

Harga Galaxy A35 dan A55 diumum lebih tinggi, jaminan 2-tahun untuk pembeli terawal

19 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER