• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YTL bina kemudahan superkomputer berasaskan NVIDIA GB200 NVL72 di Johor

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:23 pm
  • 19/03/2024
  • Komen
240319 YTL AI Cloud Johor
Share on FacebookShare on Twitter

YTL Power International umumkan penubuhan YTL AI Cloud. Syarikat baharu ini menyediakan servis pengkomputeran berasaskan GPU berskala besar

YTL AI Cloud akan menggunakan dan menguruskan salah satu superkomputer termaju di dunia dikuasakan DGX Cloud pada NVIDIA Grace Blackwell, sebuah superkomputer kecerdasan buatan (AI) untuk mempercepatkan pembangunan AI generatif.



240319 YTL AI Cloud Johor

YTL adalah antara yang pertama terima pakai teknologi terkini NVIDIA GB200 NVL72. Ia adalah komputer dengan ciri:

  • Sistem skala rak – berfungsi menyusun semua bahagian penting komputer seperti pemproses dan storan serta diuruskan dalam satu rak tunggal
  • Penyejukan cecair – Kaedah yang digunakan untuk menyejukan komponen komputer, seperti pemproses atau kad grafik, dengan menggunakan cecair penyejuk
  • Berbilang nod – Terdapat beberapa komputer individu (atau nod) bekerja sebagai satu pasukan dalam menyelesaikan tugasan besar. Setiap komputer ada pemproses, memori dan storan tersendiri

Superkomputer tersebut akan disambungkan oleh platform rangkaian NVIDIA Quantum InfiniBand. Platform itu berperanan sebagai satu unit GPU tunggal dengan kelajuan 1.4 exaflop dan memori pantas seluas 30TB. Ia direka untuk beban kerja pengkomputeran yang paling intensif. Dengan gabungan berbilang nod, superkomputer YTL AI akan mempunyai kelajuan melebihi 300 exaflop pengiraan AI, menjadikannya salah satu superkomputer terpantas di dunia.



Pusat data AI di Johor

Superkomputer YTL AI akan ditempatkan di sebuah kompleks pusat data seluas 1,640 ekar di Kampus Pusat Data Hijau YTL, Johor. Pusat data itu akan dikuasakan sumber tenaga boleh diperbaharui daripada tenaga solar berkapasiti 500 megawatt di lokasi tersebut.

240319 YTL AI Cloud Johor

Superkomputer itu akan menyediakan kemudahan pengkomputeran berprestasi tinggi dan boleh diskalabesarkan untuk memenuhi keperluan AI/ML masa hadapan. Pemilihan Johor sebagai lokasi pula adalah kerana ia terletak dalam jarak 50km dari titik rangkaian saling sambung paling padat di dunia, Singapura. 

[Sumber: YTL]

Bacaan berkaitan:

  • Sebut harga Berjaya 30% lebih murah berbanding YTL untuk projek lebuhraya MLFF?
  • 5 syarikat telekomunikasi ambil alih 70% pegangan DNB, suntik dana lebih RM1 bilion
  • Yes 5G diangkat sebagai telco terpantas Q3-Q4 2022, benarkah?
Tags: AI CloudJohormalaysiaNvidiaytl
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240319 YTL AI Cloud Johor

YTL bina kemudahan superkomputer berasaskan NVIDIA GB200 NVL72 di Johor

19 March 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN