• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MG4 & MG ZS Malaysia dari RM103,000, jaminan bateri diganti jika kesihatan turun 70%

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 27/03/2024
  • Komen
MG4 & MG ZS Malaysia dari RM103,000, jaminan bateri diganti jika kesihatan turun 70%
Share on FacebookShare on Twitter

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC) hari ini selamat melancarkan dua model kereta elektrik (EV) di bawah jenama MG iaitu MG4 dan MG ZS. Ia tidak mengejutkan kerana SAIC sudah mempamerkan kedua-dua kereta ini lebih awal.

Dalam pelancaran hari ini, SAIC mengumumkan harga rasmi MG4 dan MG ZS di Malaysia. SAIC juga menyenaraikan kelebihan dan ganjaran untuk pembeli EV terbaru mereka.



Harga MG4 dan MG ZS

Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, terdapat 4 varian MG ZS dan 1 varian MG4 dibawa masuk ke Malaysia. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • MG ZS Lux – dari RM125,999
  • MG4 XPower – dari RM158,999
  • MG4 Lux Extended – RM148,999
  • MG4 Lux – dari RM128,999
  • MG4 Standard – RM103,999

Jaminan kereta dan bateri

Setiap pembelian EV MG datang dengan jaminan selama 7-tahun atau 150,000km (yang mana datang dahulu). Untuk bateri pula, diberi jaminan sepanjang 8-tahun atau 180,000km (yang mana datang dahulu).



Di samping itu, SAIC juga akan menggantikan bateri terus 1-ke-1 jika tahap kesihatan bateri menurun di bawah 70%, dalam tempoh jaminan bateri. Ini untuk memberikan ketenangan minda kepada pemilik EV keluaran MG di Malaysia.

Promosi jualan awal

Bagi menarik lebih ramai pembeli, SAIC menawarkan hadiah percuma untuk pembeli yang mendaftarkan EV MG mereka sebelum 30 April 2024. Ganjaran tersebut adalah:

  • Pengecas Dinding 7kW bersama pemasangan bernilai RM4,600 (MG ZS dan MG4 Standard)
  • Pengecas Dinding 11kW bersama pemasangan bernilai RM5,200 (MG4 Lux)
  • RM1,000 Kredit Pengecasan untuk DC Handal dan JomCharge (MG4 Lux Extended dan XPower)

Program Insuran MG (MIP)

Bagi meningkatkan lagi keyakinan pembeli terhadap EV MG, SAIC memperkenal Program Insuran MIG (MIP). Program ini dijayakan dengan kerjasama syarikat insuran terkemuka iaitu Berjaya Sompo Insurance, Allianz Malaysia dan Generali Malaysia.

Perlindungan tambahan di bawah MIP adalah:

  • Kos tundaan EV tanpa had percuma ke pusat pengecasan EV terdekat, jika kehabisan tenaga dalam perjalanan.
  • Perlindungan kotak pengecas rumah sehingga RM10,000 jika ia dicuri atau rosak akibat faktor luaran

Sebagai tambahan, Allianz Malaysia di bawah program Allianz EV Shield, turut menyediakan perlindungan tambahan iaitu pampasan sehingga RM5,000 jika EV terbakar akibat kotak pengecasan rumah, kabel pengecas EVSE, atau stesen pengecas awam. 

Kepada yang berminat untuk pandu uji MG4 atau MG ZS ini, boleh singgah ke pusat pameran pengedar MG Motor di seluruh Malaysia mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web MG Malaysia atau hubungi MG Careline di talian 1800-28-3636.

Dapatkan maklumat awal mengenai MG4 dan MG ZS dalam laporan kami di sini, atau tonton video penerangan kami di bawah.

Bacaan Berkaitan

Tags: EV MalaysiamgMG ZSmg4
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
MG4 & MG ZS Malaysia dari RM103,000, jaminan bateri diganti jika kesihatan turun 70%

MG4 & MG ZS Malaysia dari RM103,000, jaminan bateri diganti jika kesihatan turun 70%

27 March 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER