• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi Super Long Life diskaun 50% tempoh terhad

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:18 pm
  • 05/04/2024
  • Komen
Logo CelcomDigi berlatarbelakangkan hijau
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi kini sedang menjalankan promo untuk pelanggan prepaid mereka sempena 4.4 dan juga perayaan Hari Raya. Promo berjalan sehingga 9 April 2024 dan ada dua pas prabayar ditawarkan pada harga diskaun iaitu:

  • Pas Super Long Life ditawarkan pada RM54 berbanding RM108
  • Pas 400GB 5G/4G dengan tempoh sah 4 hari – RM8

Pas Super Long Life RM54

Promosi 4.4 CelcomDigi Super Long Life

Pas ini membolehkan pelanggan prabayar CelcomDigi memanjangkan tempoh sah kredit kepada 365 hari daripada tarikh pembelian. Ia adalah pas sekali beli dan tiada fungsi pembaharuan automatik.



Pas ini sangat berguna untuk yang tidak ingin menambah nilai akaun setiap bulan hanya untuk pastikan talian kekal aktif. Biasanya, kalau talian tidak aktif, panggilan keluar sekalipun tidak dibenarkan walaupun terdapat baki yang mencukupi di dalam akaun.

Dalam keadaan biasa, setiap RM1 tambah nilai memanjangkan tempoh sah kredit sebanyak sehari. Tanpa Super Long Life, pengguna perlu menambah nilai sekurang-kurangnya RM30 untuk mengekalkan tempoh aktif kredit ataupun perlu membeli pas dengan tempoh sah 30 hari.



Pas 400GB (5G+4G) RM8

Promosi 4.4 400GB 5G/4G

Selain daripada memanjangkat hayat kredit, ada satu lagi pas yang boleh dipertimbangkan pengguna yang menjangkakan akan gunakan data yang banyak sepanjang perayaan Hari Raya 2024 ini. Pas 400GB (5G+4G) boleh anda langgan pada harga RM8.

Namun, tempoh sahnya yang agak singkat iaitu 4 hari memberikan risiko tak habis guna sekiranya keadaan talian pada hari perayaan sesak disebabkan orang ramai menghantar ucapan raya ke sana dan ke mari.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan mana-mana daripada pas ini, anda boleh dapatkannya di APP Celcom Life dan MyDigi.

Anda boleh layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

CelcomDigi Postpaid 5G SE tiba diam-diam, pascabayar termurah dari RM40/bulan

Prabayar 5G CelcomDigi baru ada Edisi Biru tanpa had dan Edisi Kuning kelajuan tinggi dari RM25

Pelan perniagaan CelcomDigi ada kelajuan 5G tanpa had, perayauan percuma hingga 22 negara

Tags: CelcomDigi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Logo CelcomDigi berlatarbelakangkan hijau

CelcomDigi Super Long Life diskaun 50% tempoh terhad

5 April 2024
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER