• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing akan lancar Ear dan Ear (a) pada 18 April 2024

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:12 pm
  • 09/04/2024
  • Komen
240409 Nothing Ear April
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran Nothing Phone (2a) bulan lepas, Nothing, bakal memperkenalkan dua produk audio baharu Nothing Ear dan Nothing Ear (a) pada 18 April 2024.

Berbeza dengan model sebelumnya, Nothing tidak lagi menggunakan nombor siri untuk fon telinga baharu ini, sekali gus dijangka akan menjadi pengganti kepada Nothing Ear (2) dan Nothing Ear (Stick). 



We started Nothing with audio in 2021 and since our very first product, we’ve relentlessly refined our design and engineering with every new addition to our audio product suite.

2024 is the year we’re unveiling the ultimate iteration of Nothing Audio with two new products that… pic.twitter.com/bRrFzk9wUl

— Nothing (@nothing) April 5, 2024

Nothing menganggap pelancaran ini sebagai titik perubahan yang membawa kepada rombakan strategi penamaan mereka. Fokus kini diberikan kepada produk itu sendiri dan pengalaman unik yang ditawarkan kepada setiap pengguna. Nothing Ear dijangka menjadi tawaran audio flagship baharu mereka, manakala Ear (a) pula berkemungkinan sebagai pilihan mampu milik seperti dengan Nothing Phone (2a).

240409 Nothing Ear April
Nothing Ear (2)

Dalam satu video cuitan yang dipaparkan di X, memaparkan reaksi ahli Komuniti Nothing terhadap Ear dan Ear (a). Antara komen yang diberikan adalah mengenai rekaannya yang tampak premium bersama fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) yang lebih baik. Ada juga yang mengulas bahawa produk audio baharu Nothing itu kelihatan dan berbunyi seperti barangan berharga lebih GBP200 (melebihi RM1,200).



Here's how our Community reacted when we gave them a sneak peek of our upcoming audio products, Ear and Ear (a).

Hear and see it all on 18 April 2024. pic.twitter.com/gpwGPsq6el

— Nothing (@nothing) April 8, 2024

Dengan penambahbaikan yang diberikan, harga fon putik baharu itu mungkin lebih mahal, terutamanya dengan kadar tukaran mata wang yang tidak menentu ketika ini. Sebagai rujukan, fon putik flagship Nothing Ear (2) yang dilancarkan pada Mac 2023, berharga RM599. Sementara untuk fon putik lebih mampu milik Nothing Ear (Stick) tanpa ANC yang dilancarkan pada Oktober 2022 pula berharga RM469.

Nothing Ear (2) kini Lebih Murah di Malaysia 

240409 Nothing Ear April

Anda mahukan produk audio premium pada tawaran harga menarik? Nothing Malaysia menawarkan fon putik Nothing Ear (2) dengan diskaun RM100. Anda kini boleh membeli fon putik Nothing Ear (2) pada harga RM399. Promosi itu berlangsung sehingga 14 April 2024 sahaja. Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian menerusi gedung rasmi Nothing di Lazada atau Shopee sekarang.

Bacaan berkaitan:

  • Nothing Phone (2) murah RM700 dalam tempoh terhad
  • Nothing Phone (2a) diumum berharga bawah RM2,000, penuhi keperluan telefon kelas pertengahan
  • Ini rupanya maksud ‘Fresh Eyes’ di Nothing Phone (2a)
Tags: fon putikNothingNothing Earnothing ear (2)Nothing Ear (a)
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240409 Nothing Ear April

Nothing akan lancar Ear dan Ear (a) pada 18 April 2024

9 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER