• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad 9 5G kini rasmi, diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 dengan 8 speaker pada harga RM1,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:46 pm
  • 22/04/2024
  • Komen
Honor Pad 9 5G kini rasmi, diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 dengan 8 speaker pada harga RM1,799
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan telefon pintar terbaru Honor X7b 5G, Honor turut mengumumkan ketibaan varian 5G bagi Honor Pad 9 ke pasaran Malaysia. Honor Pad 9 telah pun dilancarkan pada hujung Mac lalu di samping Honor Magic 6 Pro. Ia tampil dengan skrin bersolusi tinggi berukuran 12.1 inci dengan lapan speaker dan kini, pengguna ada pilihan untuk mendapatkannya dengan sokongan 5G.

Harga dan ketersediaan Honor Pad 9 5G

Bagi anda yang berminat, Honor Pad 9 5G boleh didapatkan dalam satu varian iaitu RAM 8GB dan storan 256GB pada harga RM1,799. Sebagai perbandingan, versi WiFi yang dilancarkan sebelum ini adalah berharga RM1,499.



Sempena pelancarannya juga, Honor turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM698 berupa papan kekunci pintar Bluetooth dan juga Honor Choice Pencil bagi setiap pembelian Honor Pad 9 5G. Tetapi tertakluk sementara stok masih ada.

Sekiranya anda berminat, Honor Pad 9 5G boleh didapatkan bermula 25 April 2024 di semua pengedar sah Honor di Malaysia ataupun secara dalam talian di laman web Honor, serta gedung rasmi Honor di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Spesifikasi Honor Pad 9 5G

Honor Pad 9 5G ada spesifikasi sama seperti varian WiFi yang diperkenal sebelum ini. Ia ada paparan jenis TFT LCD dengan saiz besar 12.1-inci. Skrin ini memiliki resolusi tinggi 2.5K (2560×1600) dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak pada 500 nits.

Daripada segi cip yang digunakan, model 5G ini diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 4nm, sama dengan varian WiFi. Bersama cip tersebut, ia digandingkan dengan RAM 8GB bersama storan 256GB. Tiada slot kad mikroSD untuk storan tambahan. Sistem operasi pula menggunakan MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Terdapat dua kamera dipasang pada Honor Pad 9. Ia adalah kamera utama 13MP F2.0 dengan sokongan autofokus, dan satu lagi adalah kamera hadapan 5MP F2.0 yang terletak di bingkai atas skrin.

Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi 8 pembesar suara. Ia gabungan 4 unit treble dan 4 unit bass, menyokong teknologi bunyi Honor Listen. Bagaimanapun tiada jek audio tersedia pada tablet. Bateri yang dipasang di dalam berkapasiti 8,300mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 35W menerusi USB-C.

Selain itu, tablet ini turut boleh digunakan dengan aksesori seperti papan kekunci pintar Bluetooth dan Honor Pencil. Honor Pad 9 memiliki rupa premium kerana menggunakan badan besi, dengan ketebalan hanya 6.9mm dan berat cuma 555 gram. Honor Pad 9 ditawarkan dalam dua warna, antara Cyan dan Kelabu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor Pad 9.

Bacaan berkaitan

  • Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899
  • Honor Pad 9: Tablet bawah RM1500 dengan Snapdragon 6 Gen 1 dan skrin 12.1-inci
  • Honor X9b kini ada storan 512GB, kekal tahan lasak dan dijamin dari retak
Tags: honorhonor malaysiaHonor Pad 9Honor Pad 9 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Honor Pad 9 5G kini rasmi, diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 dengan 8 speaker pada harga RM1,799

Honor Pad 9 5G kini rasmi, diperkasa Snapdragon 6 Gen 1 dengan 8 speaker pada harga RM1,799

22 April 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER