• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:14 pm
  • 22/04/2024
  • Komen
Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Honor dalam acara Magical Ria Raya hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Honor X7b 5G untuk pasaran Malaysia. Ia sebenarnya adalah versi 5G telefon pintar Honor X7b yang telah dilancarkan pada Disember tahun lalu. Selain menggunakan cip baharu untuk menerapkan sokongan 5G, ia juga hadir dengan rekaan panel belakang yang diperbaharui.

Harga dan ketersediaan Honor X7b

Honor X7b 5G boleh mula didapatkan oleh orang ramai bermula 25 April 2024. Seperti varian 4G, versi 5G terbaharu ini didatangkan dalam satu konfigurasi RAM dan storan. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:



  • Honor X7b 5G (RAM 8GB dan storan 12GB) – RM899

Bagaimanapun, tiada promosi yang disediakan oleh Honor untuk Honor X7b 5G. Jika berminat, anda boleh dapatkan Honor X7b 5G bermula 25 April di stor dalam talian Honor atau di gedung rasmi Honor di Lazada, Shopee dan juga TikTok Shop. Ia juga tersedia di semua pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Honor X7b 5G

Honor X7b 5G mengekalkan banyak ciri yang sama dengan varian 4G-nya. Di hadapan, ia dipasangkan paparan IPS LCD rata berukuran 6.8-inci FHD+ dengan kadar penyegaran 90Hz. Skrinnya juga ada kecerahan puncak pada 850 nits serta menerima pengesahan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah.



Berbanding Snapdragon 680 yang terdapat pada model 4G, Honor X7b diperkasa cip Dimensity 6020 7nm 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. RAM boleh diperluas lagi 8GB menjumlahkan 16GB yang boleh digunakan dengan teknologi Honor RAM Turbo, dan slot mikro SD turut tersedia untuk benarkan peluasan storan sehingga 1TB lagi.

Kelengkapan kamera juga tiada perubahan berbanding varian 4G. Ia adalah kamera utama 108MP F1.8, kamera makro 2MP dan juga kamera depth 2MP. Untuk selfie, lubang dalam skrin menempatkan kamera hadapan 8MP.

Menghidupkan komponen telefon adalah dari bateri berkapasiti 6,000mAh. Ia boleh dicas semula dengan sokongan pengecasan pantas 35W melalui USB-C.

Sejurus keluar kotak, Honor X7b 5G akan menjalankan sistem operasi Magic OS7.2 berasaskan Android 13. Lagi ciri lain yang ada termasuk Bluetooth 5.1, WiFi 5, pengimbas cap jari di sisi. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu perak dan hijau.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk Honor X7b 5G.

Tags: honorhonor malaysiaHonor X7bhonor X7b 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899

Honor X7b 5G dilancar, dikuasakan Dimensity 6020 pada harga RM899

22 April 2024
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER