• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP umum Akaun Fleksibel, caruman ahli diubah kepada 3 Akaun mulai 11 Mei

  • OLEH Najib
  • 3:07 pm
  • 25/04/2024
  • Komen
KWSP umum Akaun Fleksibel, caruman ahli diubah kepada 3 Akaun mulai 11 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hari ini mengumumkan rancangan penstrukturan semula Akaun KWSP yang akan berkuatkuasa mulai 11 Mei 2024. Ia dibuat dengan tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Dalam penstrukturan ini, KWSP akan mengubah konsep 2 akaun, kepada 3 akaun seperti berikut:



Akaun 1 dinamakan sebagai Akaun Persaraan, untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan.

Akaun 2 dinamakan sebagai Akaun Sejahtera, untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan. Ia juga boleh dikeluarkan bagi tujuan yang dibenarkan bila-bila masa, seperti pembelian rumah, pembiayaan pendidikan atau menunaikan ibadah Haji.



Akaun 3 adalah akaun serba baharu, dinamakan sebagai Akaun Fleksibel. Ia menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

@soyacincautiktok

KWSP Akaun 3: Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu! #kwsp #kwspakaun3 #kwspakaun #akaun3 #kwspmalaysia #soyacincautiktok #fyp #tips

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Akaun 3 bermula dengan baki 0

Pada 11 Mei 2024, semua akaun ahli KWSP di bawah umur 55 tahun, akan diubah daripada 2 akaun, menjadi 3 akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Baki Akaun 1 sebelum ini akan kekal dalam Akaun Persaraan, manakala baki Akaun 2 sedia ada akan kekal di dalam Akaun Sejahtera.

Akaun ketiga yang baru iaitu Akaun Fleksibel, akan bermula dengan baki sifar. Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang dikreditkan ke dalam aku ahli selepas tarikh pelaksanaan.

Perubahan pecahan caruman

Jika sebelum ini pecahan caruman ahli adalah 70% di Akaun 1 dan 30% di Akaun 2. Selepas 11 dilaksanakan penstrukturan pada 11 Mei 2024, pecahan caruman ahli menjadi 75% di Akaun Persaraan, 15% di Akaun Sejahtera dan 10% di Akaun Fleksibel.

Berikut pula adalah contoh pecahan caruman selepas penstrukturan:

Di samping pengenalan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel, KWSP akan memberikan pilihan satu kali untuk pencarum memindahkan sebahagian baki simpanan dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel. Pilihan pemindahan ini akan dibuka antara 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.kwsp.gov.my.

[Sumber: KWSP]

Bacaan Berkaitan

  • Akaun 3 KWSP: Kelebihan dan kekurangannya, serta pandangan orang ramai
  • Akaun 3 KWSP mungkin dilaksana mulai Mei, tawar fleksibiliti seakan akaun simpanan
  • KWSP lancar aplikasi i-Akaun baharu, pengguna boleh pasang di satu peranti sahaja
Tags: Akaun Fleksibelkwsp
Najib

Najib

POPULAR

KWSP umum Akaun Fleksibel, caruman ahli diubah kepada 3 Akaun mulai 11 Mei

KWSP umum Akaun Fleksibel, caruman ahli diubah kepada 3 Akaun mulai 11 Mei

25 April 2024
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN