• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PRISM+ lancar pendingin hawa Luna dan penulen udara Aura, harga bermula RM399

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:54 am
  • 29/04/2024
  • Komen
PRISM+ lancar pendingin hawa Luna dan penulen udara Aura, harga bermula RM399
Share on FacebookShare on Twitter

PRISM+, jenama yang terkenal dengan TV dan monitor, kini telah mengumumkan pelancaran dua produk kelengkapan rumah terbaru iaitu pendingin hawa PRISM+ Luna dan penulen udara PRISM+ Aura di Malaysia. Ini merupakan pertama kali PRISM+ melancarkan produk selain TV dan Monitor untuk pasaran Malaysia, dan produk terbaru ini menawarkan fungsi canggih serta penggunaannya boleh disambungkan pada aplikasi mudah alih.

Harga dan ketersediaan PRISM+ Luna dan PRISM+ Aura

Bagi anda yang berminat, kedua-dua PRISM+ Luna dan PRISM+ Aura akan boleh mula dipra-tempah bermula 1 Mei di laman web rasmi www. prsimplus.my. Sementara itu, pra-tempah di gedung rasmi PRISM+ di Lazada (PRISM+ Luna, PRISM+ Aura) dan Shopee (PRISM+ Luna, PRISM+ Aura) pula akan boleh mula dilakukan mulai 15 Mei 2024.



Yang bagusnya, untuk masa terhad, PRISM+ menawarkan promosi menjadikan kedua-dua produk tersebut pada harga lebih murah. Sebanyak RM50 diskaun diberikan untuk pembersih udara Aura, manakala potongan lebih banyak RM200 untuk pendingin hawa Luna. Berikut adalah harganya di Malaysia:

  • Pendingin hawa PRISM+ Luna 1.0HP – RM799 RM999
  • Pendingin hawa PRISM+ Luna 1.5HP – RM1,099 RM1,299
  • Pembersih udara PRISM+ Aura Alpine White – RM379 RM429
  • Pembersih udara PRISM+ Aura Space Grey – RM399 RM449

PRISM+ Luna

PRISM+ Luna merupakan pendingin hawa mampu milik yang hadir dengan ciri pintar dan menarik. Seperti yang dinyatakan, ia tersedia dalam dua varian iaitu 1HP dan 1.5HP. Model lebih rendah memiliki kuasa penyejukan pada 9,000BTU/h, manakala model lebih tinggi pula pada 12,000BTU/h.



PRISM+ mengatakan Luna menggunakan bahan penyejuk R32 yang mesra alam, serta hadir dengan teknologi Gold Fin mereka tersendiri. Teknologi itu dikatakan menyediakan salutan anti-karat pada gelelung pendingin hawa untuk melindunginya daripada elemen seperti haba, air dan asid.

Selain itu, pendingin hawa Luna ini turut boleh disambungkan pada aplikasi PRISM+ yang membenarkan pengguna untuk mengawal dan menyesuaikan fungsi pendingin hawa. Selain daripada mengawal suhu dan kelajuan kipas, pengguna juga boleh menetapkan rutin untuk pendingin hawa menyejukkan rumah berdasarkan masa ataupun ambien suhu.

Lagi menarik, melalui aplikasi itu juga, pengguna juga boleh menggunakan fungsi Geofencing yang membenarkan pendingin hawa dihidupkan atau dimatikan secara automatik jika ia mengesan pengguna pada parameter jarak sehingga 1km. Bukan itu sahaja, aplikasi itu turut akan menawarkan ciri Insights pada pengguna untuk melihat tingkah laku penggunaan pendingin hawa.

Anda juga boleh menempah janji temu servis melalui aplikasi yang sama. PRISM+ Luna akan didatangkan dengan waranti standard selama dua tahun bagi unit AC di dalam rumah dan lima tahun untuk unit AC di luar rumah. Namun, PRISM+ turut menawarkan jaminan waranti yang lebih panjang pada tujuh tahun pada kedua-dua unit AC di dalam dan luar rumah jika anda melanggan pakej servis tahunan melalui PRISM+.

PRISM+ Aura

PRISM+ Aura adalah penulen udara pintar yang dilengkapkan dengan penapis bergred perubatan, HEPA H13 untuk menapis dan menghapuskan udara kotor di rumah ataupun bilik anda. Ia mempunyai keberkesanan pada keluasan 182 kaki persegi dan lebih menarik, kepala penulen udara Aura ini lengkap dengan sepasang mata untuk memberitahu pengguna sejauh mana kebersihan udara.

Seperti pendingin hawa Luna, penulen udara Aura ini juga boleh disambungkan pada aplikasi mudah alih PRISM+ Connect untuk pengguna mendapatkan pelbagai maklumat tambahan daripada segi tingkah laku penggunaan dan kebersihan udara, di samping mengawalnya.

@soyacincautiktok

Pelancaran Produk Kelengkapan Rumah Pintar Terbaru PRISM+ #prismplus #terbaru #pendingin #penulenudara #promoharga #pelancaran #soyacincautiktok #fyp

♬ Cafe music, corporate VP, comfortable(1277239) – zukisuzuki

Bacaan berkaitan

  • Kunjungi pembukaan cawangan ke-5 PRISM+, ada hadiah dan diskaun barangan Logitech G
  • PRISM+ umum pelancaran kedai terbesar di Malaysia, beli TV percuma monitor di hari pembukaan
  • TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition tiba di Malaysia berharga tidak sampai RM10 ribu
Tags: prismprism+Prism+ AuraPrism+ Lunaprism+ malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

PRISM+ lancar pendingin hawa Luna dan penulen udara Aura, harga bermula RM399

PRISM+ lancar pendingin hawa Luna dan penulen udara Aura, harga bermula RM399

29 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER