• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazon

Tune Talk guna AI & kepakaran awan AWS, kurangkan masa tergendala dan memahami pelanggan 360 darjah

  • OLEH Najib
  • 1:22 am
  • 29/04/2024
  • Komen
Tune Talk guna AI & kepakaran awan AWS, kurangkan masa tergendala dan memahami pelanggan 360 darjah
Share on FacebookShare on Twitter

Tune Talk, Operator Rangkaian Mudah Alih (MVNO) terkemuka di Malaysia, mengumumkan telah menjadi MVNO pertama Malaysia menggunakan secara menyeluruh perkhidmatan Amazon Web Services (AWS) kendalian syarikat Amazon.com, untuk mengoptimumkan perkhidmatan rangkaiannya. Ini membolehkan Tune Talk menerapkan inovasi dengan strategi Awan atau “Cloud” untuk melancarkan lagi pengalaman pengguna.

Tune Talk juga mahu merevolusi pasaran telekomunikasi secara digital, dengan memperkenal faedah dan diskaun program kesetiaan pelanggan yang baharu, menerusi tawaran unik 5G dan Artificial Intelligence (AI) yang sesuai untuk pelanggan yang mahu nilai terbaik.



Keupayaan AI untuk menjangka masalah

Dengan AWS, Tune Talk dapat memindahkan tugasan IT ke perkhidmatan awan, dengan memanfaatkan infrastruktur AWS yang kukuh, meningkatkan skala dengan pantas serta perkhidmatan awan termaju. Tune Talk juga dapat mengoptimumkan operasi, mengurangkan kos dan pantas bertindak balas terhadap keperluan asas pelanggannya yang luas, iaitu lebih satu juta pelanggan.

Selain itu, Tune Talk juga merancang untuk bereksperimen dengan keupayaan AI dan Pembelajaran Mesin (ML) AWS yang dikuasakan oleh Amazon SageMaker. Ia untuk memberikan pandangan jauh operasi kepada isu rangkaian yang mungkin timbul, dengan tujuan mempunyai operasi rangkaian yang boleh memperbaiki diri sendiri sekaligus mengurangkan masa tergendala menjelang 2024.



Pembantu maya lebih mesra pelanggan

Perkhidmatan data rekaan khas Amazon S3 dengan analisa dan cerapan yang boleh diproses 360-darjah, memberikan Tune Talk pandangan menyeluruh terhadap pelanggan. Ini memudahkan penyediaan kempen yang lebih berkesan untuk pelanggan, dan kerjasama lebih rapat bersama rakan kongsi industri.

Pembantu maya dan chatbot pintar yang digunakan meluas masa kini, boleh disediakan Tune Talk untuk berinteraksi lebih cekap, menarik, pantas dan relevan dengan pelanggan. Ia boleh dijayakan melalui perkhidmatan AWS seperti Amazon Lex untuk perbualan AI, dan Amazon Polly yang berupaya menukar teks kepada pertuturan seperti percakapan sebenar.

“Dengan memindahkan semua tugasan kami daripada premis fizikal kepada AWS, Tune Talk bukan sahaja memindahkan data dan suara, tetapi mengguna pakai pendekatan perniagaan berfokuskan teknologi dengan infrastruktur rangkaian yang dikemas kini dan lebih dipercayai yang dikuasakan oleh teknologi cloud,” kata Dajmarehan Zolkipli, Ketua Pegawai Kewangan selaku pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk. “Memanfaatkan teknologi AI AWS untuk mencipta pelbagai peluang yang datang dengan analitik lanjutan dan pembelajaran mesin akan menjadi pemacu utama, membolehkan Tune Talk untuk meningkatkan pendapatan dan membuka kunci aliran hasil baharu dengan penambahan kelajuan ke pasaran, menawarkan kelainan dan perkhidmatan gaya hidup unik 5G pada kepada pelanggan kami.”

“Syarikat telekomunikasi hari ini didayakan oleh cloud untuk menyampaikan penyelesaian dan pengalaman yang berbeza, membuat keputusan perniagaan yang lebih pantas dan membuka peluang pendapatan baharu,” kata Azhar Abdullah, Ketua Perniagaan Perusahaan, AWS Malaysia. “Penerapan AWS secara menyeluruh membolehkan Tune Talk memanfaatkan keluasan fungsi dan pendekatan inovatif AWS bagi menyediakan perkhidmatan 5G dan AI/ML yang komprehensif, selain menyelaraskan kos dan meningkatkan kecekapan. Dengan Wilayah infrastruktur AWS yang akan datang di Malaysia, ini membolehkan lagi penyimpanan data tempatan dan kependaman yang lebih rendah. Kami berbangga untuk menyokong misi Tune Talk untuk menjadi sebuah syarikat telekomunikasi gaya hidup digital pilihan yang memudahkan pelanggan, sambil berkembang dengan selamat serta pada skala terkawal.”

[Sumber: Tune Talk]

Bacaan Berkaitan

  • Tune Talk lancar Pek Epik! dengan 5G, panggilan tanpa had dan data “tanpa had” sehingga 500GB
  • TuneTalk tambah data sehingga 20GB kepada Bebas 55, Fokus 40, dan Fokus 30
  • Senarai 7 telco yang ada pelan prabayar Internet 5G di Malaysia (Januari 2024)
Tags: amazonamazon web servicesAWStunetalk
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Tune Talk guna AI & kepakaran awan AWS, kurangkan masa tergendala dan memahami pelanggan 360 darjah

Tune Talk guna AI & kepakaran awan AWS, kurangkan masa tergendala dan memahami pelanggan 360 darjah

29 April 2024
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER