• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM128

  • OLEH Najib
  • 1:01 pm
  • 03/05/2024
  • Komen
Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM128
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda atau ada saudara mara mahupun sahabat handai yang bakal dijemput menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah Haji tahun ini, pastinya sambungan internet menjadi keperluan sekarang. Kepada pelanggan CelcomDigi, anda boleh melanggan pas khas yang baru diumumkan iaitu Pas Perantauan Haji CelcomDigi.

Menariknya, pas ini datang dengan internet tanpa had serta 30 minit panggilan, pada harga RM128 sahaja. Ia sah digunakan selama 45-hari dari tarikh pengaktifan tetapi ini adalah promosi masa terhad. Ia boleh dilanggan sehingga 30 Jun 2024 sahaja.



Pas Perantauan Haji CelcomDigi di Arab Saudi

Apabila melanggan pas ini, pelanggan CelcomDigi dapat menikmati internet tanpa had tetapi ia sebenarnya ada Had Penggunaan Saksama atau Fair Usage Policy (FUP) sebanyak 2GB sehari. Apabila mencapai FUP harian, kelajuan pengguna akan disekat ke 1Mbps sahaja. Sekatan kelajuan agak laju serta mampu menstrim video, berbanding 512kbps di kebanyakan pelan tanpa had biasa. FUP ini akan dikosongkan semula pada pukul 12 tengah malam setiap hari.

30 minit panggilan turut diberikan pada pelanggan pas ini. Ia boleh digunakan untuk membuat panggilan serta menerima panggilan dari Malaysia dan Arab Saudi. Jika kuota 30 minit ini habis digunakan, caj penggunaan biasa akan dikenakan.



Cara Melanggan Pas Perantauan Haji CelcomDigi

Pas Perantauan Haji CelcomDigi boleh dilanggan pengguna menerusi aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Hanya pilih ‘Add-Ons’, kemudian tekan pada ‘Roaming’. Seterusnya pilih destinasi ‘Arab Saudi’ dan tekan pada ‘Pas Perantauan Haji CelcomDigi’.

Perlu diingatkan, Pas Perantauan Haji CelcomDigi ini hanya menyediakan sambungan internet di Arab Saudi sahaja. Jika penerbangan anda transit di Singapura atau negara lain, ia tidak boleh digunakan. Anda akan dicaj Perantauan Internet Harian secara automatik jika membuat sambungan di negara lain. Jika perlukan perantauan berbilang negara, CelcomDigi ada menawarkan Pas Perantauan Tanpa Had 30-hari berharga RM98.

Di Arab Saudi, pelanggan Celcom boleh menggunakan rangkaian STC, Zain dan Mobily manakala pengguna Digi boleh berhubung ke rangkaian STC dan Zain.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Perantauan CelcomDigi. Semak juga FAQ di sini.

Bacaan Berkaitan

  • CelcomDigi Postpaid 5G SE tiba diam-diam, pascabayar termurah dari RM40/bulan
  • Prabayar 5G CelcomDigi baru ada Edisi Biru tanpa had dan Edisi Kuning kelajuan tinggi dari RM25
  • Haji & Umrah 2024: Ini pelan perayauan paling berbaloi boleh anda langgan
Tags: CelcomDigihajiPerayauan Internet
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM128

Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM128

3 May 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER