• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas Perantauan Haji Maxis: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM99 di Arab Saudi

  • OLEH Najib
  • 3:08 pm
  • 03/05/2024
  • Komen
Pas Perantauan Haji Maxis: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM99 di Arab Saudi
Share on FacebookShare on Twitter

Selain CelcomDigi, Maxis juga kini menawarkan Pas Perantauan Saudi Tanpa Had, khas untuk jemaah haji. Ia boleh digunakan oleh mereka yang akan mengerjakan haji di Arab Saudi, tanpa risaukan kehabisan kuota. Tetapi tiada minit panggilan disertakan.

Pas ini berharga RM99 sahaja dan sah digunakan selama 45-hari dari tarikh pengaktifan. Tetapi ia hanya boleh dilanggan dari sekarang sehingga 30 Jun 2024 sahaja.



Pas Perantauan Saudi Maxis Untuk Jemaah Haji

Apabila melanggan pas ini, pelanggan Maxis dapat menikmati internet tanpa had tetapi ia sebenarnya ada Had Penggunaan Saksama atau Fair Usage Policy (FUP) sebanyak 2GB sehari. Apabila mencapai FUP harian, kelajuan pengguna akan disekat ke 1Mbps sahaja. Sekatan kelajuan agak laju serta mampu menstrim video, berbanding 512kbps di kebanyakan pelan tanpa had biasa. FUP ini akan dikosongkan semula pada pukul 12 tengah malam waktu Malaysia, setiap hari.

Pas ini hanya boleh dilanggan oleh pengguna pascabayar Maxis. Tidak termasuk pelanggan Hotlink pascabayar mahupun prabayar.



Cara Melanggan Pas Perantauan Saudi Maxis

Pas Perantauan Haji Maxis boleh dilanggan pengguna menerusi aplikasi Maxis. Mula-mula pilih akaun anda, kemudian tekan pada ‘Roaming Rates’. Seterusnya pilih negara ‘Arab Saudi’ dan tekan pada ‘Pas Perantauan Saudi 45-hari’. Tekan OK untuk mengesahkannya.

Perlu diingatkan, Pas Perantauan Saudi Maxis ini hanya menyediakan sambungan internet di Arab Saudi sahaja. Jika penerbangan anda transit di Singapura atau negara lain, ia tidak boleh digunakan. Anda akan dicaj Perantauan Internet Harian secara automatik jika membuat sambungan di negara lain.

Jika perlukan perantauan berbilang negara, Maxis ada menawarkan Pas Perantauan Tanpa Had 30-hari berharga RM119, atau Pas Perantauan Tanpa Had 15-hari berharga RM89. Di Arab Saudi, pelanggan Maxis boleh menggunakan rangkaian STC tetapi terhad kepada 4G sahaja, tiada 5G.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Perantauan Maxis. Semak juga FAQ di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM128
  • Haji & Umrah 2024: Ini pelan perayauan paling berbaloi boleh anda langgan
  • Pelan Maxis Home 5G dikemaskini, ada pilihan kuota tanpa had dan kelajuan tanpa sekatan
Tags: hajimaxisPerayauan Internet
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pas Perantauan Haji Maxis: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM99 di Arab Saudi

Pas Perantauan Haji Maxis: Internet tanpa had selama 45 hari hanya RM99 di Arab Saudi

3 May 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER