• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y18 tiba di Malaysia, ada NFC dan kalis air IP54 bawah RM600

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:02 pm
  • 07/05/2024
  • Komen
Vivo Y18 tiba di Malaysia, ada NFC dan kalis air IP54 bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini telah mengumumkan ketibaan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Vivo Y18. Ia merupakan telefon kelas permulaan yang dikuasakan cip MediaTek Helio G85. Meskipun begitu, ia masih dilengkapkan dengan ciri penting seperti kalis percikan air dan debu IP54, NFC malah ada rekaan panel belakang anti-calar.

Harga dan ketersediaan Vivo Y18 di Malaysia

Jika anda berminat, Vivo Y18 telah boleh mula didapatkan di Malaysia sekarang. Ia ditawarkan dalam dua varian dan harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Vivo Y18 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM529
  • Vivo Y18 (RAM 8GB + storan 128GB) – RM599

Untuk membuat pembelian, anda boleh singgah ke stor online Vivo ataupun gedung rasmi Vivo di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Vivo Y18

Berdasarkan nama model, dapat dilihat Vivo Y18 adalah pengganti kepada Vivo Y17s yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu. Vivo Y18 masih didatangkan dengan paparan LCD berukuran 6.56-inci beresolusi HD dan ada kadar penyegaran 90Hz. Tahap kecerahan skrinnya boleh mencapai 840 nits.



Seperti Vivo Y17s sebelum ini, model terbaru ini dikuasakan cip yang sama, MediaTek Helio G85 12nm 4G. Ia digabungkan dengan RAM LPDDR4X sama ada 6GB atau 8GB, dengan storan eMMC 5.1 seluas 128GB. Slot mikroSD turut tersedia membolehkan anda meluaskan storan lagi 1TB.

Sistem operasi yang dijalankan pula adalah Funtouch OS 14 berasaskan Android 14. Berkenaan tenaga, ia disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia boleh diisi semula dengan pengecasan 15W. Yang menariknya, Vivo memaklumkan kesihatan baterinya boleh kekal baik lebih daripada tiga tahun.

Di segmen pengimejannya, ia dilengkapkan dengan dua kamera di belakang. Ia terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera depth 0.08MP. Untuk selfie pula, terdapat kamera hadapan 8MP yang diletakkan dalam rekaan takuk U.

Selain itu, speaker yang digunakan adalah mono, tetapi Vivo mendakwa kelantangannya boleh mencapai sehingga 150% dengan kualiti jelas. Untuk perlindungan, telefon ini diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54, memiliki rekaan panel belakang anti-calar serta ada kualiti binaan yang dikatakan sangat tahan lasak.

Lagi ciri lain yang Vivo Y18 ada termasuk sokongan Bluetooth 5.0, WiFi 5, NFC, 4G dan pengimbas cap jari di butang kuasa. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu biru cair dan coklat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo Y18.

Bacaan berkaitan

  • Vivo V30e dengan Aura Light 3.0 mula ditawar pada harga RM1,399
  • Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss
  • Vivo Y100 5G dilancar pada RM1,199, percuma fon putik & lanjutan waranti
Tags: vivovivo MalaysiaVivo Y18
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo Y18 tiba di Malaysia, ada NFC dan kalis air IP54 bawah RM600

Vivo Y18 tiba di Malaysia, ada NFC dan kalis air IP54 bawah RM600

7 May 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER